Thursday, September 08, 2005

tOngGak 12



Setiap detik yang berlalu
Tidak kau siakan begitu sahaja
Kau begitu tekun
Maka kau berhak miliki kejayaan
Terpancar sinar bahagia
Walaupun keletihan seharian bekerja
Kau tabah menghadapi kerenah
Itulah kesabaran yang engkau utamakan
Jati dirimu usah dipertikai
Sungguh mulia peribadimu
Keluhan tidak pernah kedengaran
Kau sungguh baik hati
Sejarah telah mendewasakanmu
Lantas kau dipengaruhi dan mempengaruhi melalui teladan
Biar pun masa mu terkorban
Kewajipan terhadap tugasmu tidak kau abaikan
Kau begitu bijak mengatur langkah
Dan kau begitu berhemat melakar landskap hidupmu
Oh, kau sungguh mulia
Namun kesedaran tanggung jawabmu tak pernah kau anak tirikan
Hari-hari yang mendatang
Bakatmu terus kembang mekar
Kau amat puas
Menikmati hasil ciptaanmu sendiri

Itulah tonggak 12
Nilai-nilai murni
Sebagai seorang yang berkualiti
Sebagai seorang yang produktif
Sebai seorang KAKITANGAN AWAM!

-8.55 mlm, sept 8-
boring do’oh baco fakta! W’pun tok penting, tapi kena gok tahu….

No comments: