Sunday, May 18, 2014

Mood: Seddeyyyy ++ Syukur

Sedih apabila pertambahan saham menggunakan ejaan yang ntahapapantah..
satu lagi pertambahan post untuk tahun ini tapi dalam label ...akan difikirkan kemudian.
Alhamdulillah, bos lama calonkan aku untuk APC 2013, alhamdulillah, dapat. bakal dapat durian runtuh sikit-sikit, kira ok la, boleh juga menampung mana yang tengah berlubang sana sini tu.
Tapi yang agak menyedihkan, 1st time dapat, tak dapat bersama-sama diraikan..
huwaaaaaaaaaaa(meraung dulu yerp)aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
huk
huk
huk

Insya Allah, ada banyak kebaikannya yang tersirat. kalau nak disenaraikan di sini, ..hmmmm, baik tak payah tulis ya. buat sahabat2 yang turut serta tersenarai untuk diraikan, tahniah dan bergembira la. entah bila pula nak merasa, tak siapa yang tahu kan? tak kisah la. kerja bukan untuk dipuji, sekadar laksanakan tanggungjawab yang sedia maklum perlu digalas.

semoga dimurahkan rezeki dan mohon sentiasa di dalam RahmatNya YAng Esa..

specially dedicate to Mr Loh
thanks so much

Saturday, May 10, 2014

Perihal si putera ke sekolah...




Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang dah update satu, kita tambah lagi satu..

My little prince dah pergi sekolah, baru 4 tahun ja.
sekadar beri pendedahan awal, terutama bab pergaulan dengan rakan-rakan, tak dilupakan, ilmu tu yang paling penting. kalau dibiarkan kat rumah sahaja, kesian juga, almaklum la kan, budak-budak pun setakat adiknya aja, kawan-kawan sekampung, setakat sorang dua tu ja yang duk belakang rumah, itu pun sekarang dah jarang main bersama. pergi sekolah, mata luas sikit, kenal ramai rakan sebaya.

Hari pertama kat sekolah, ummi kerja malam, tak dapat hantar. minta tolong mak tam yang temankan, punya la takut dengan suasana baru, terpaksa mak tam tunggu sampai ke tamat waktu belajar.. alahai anakku.. hari kedua, ummi tak kerja, giliran ummi pula, pakatan bersama guru PASTI, ummi amanahkan guru untuk menenangkan suasana.. meraung jangan kata la, sebak hati dibuatnya. apa tidaknya, mana pernah muaz ditinggalkan bersama orang luar. alhamdulillah, pandai juga guru dia pujuk, cuma elok ja nak balik, sekali lagi meraung, sebab dengar kata ummi tunggu diluar. Hari ketiga, cubaan sekali lagi, masih lagi menangis, tapi agak kurang sedikit dari hari kedua, sebab cikgu cepat-cepat pujuk... dan seterusnya semakin baik penerimaan dia berada di sekolah. Cuma ummi bimbang sikit nak pujuk bangun mandi ke sekolah, cukup liat, kalau la dah boleh biasa ikut solat subuh, tentu dah ok.. tapi nak ikut solat pun tengok mood dia juga. itu la dia, nak melentur rebung ni, kena banyak tahan sabar. tapi 2 3 hari kebelakangan ni, dah jumpa point baru, mandi guna air suam, seronok sikit muaz nak ready ke sekolah. ya la, siapa la tak segark kalau dapat mandi air panas pagi pagi.. sekarang ni ummi risau nak kawal pakai lampin dan makan sarapan/kudapan kat sekolah saja. 2 3 minggu pertama, tak dipakaikan lampin, selalu ja seluarnya basah. bukan tak pandai nak ke tandas sendiri, cuma agak berat mulutnya nak minta izin guru. lagi pula pintu kelas sentiasa tutup, tak boleh dia nak terus pergi sendiri. hmmm, macam mana la ya. tidur malam pun mash lagi kena pakai lampin, kalau tak memang basah, kalau basah dia kejutkan kita tak pa la jugak, ini tak terus je tidur, malas dia nak pedulikan.. ini laa anakku.. lagi satu habit makan, sarapan pagi memang susah la, tapi ini memang salah ummi, cara kita ambil sarapan kat rumah agak tak teratur, tak tersedia atas meja bila tiba masa, jadi bila muaz ke sekolah, dengan gerun dia tak hilang-hilang lagi, sarapan memang out la. tapi untuk atasi masalah tu, terpaksa la ummi sediakan gula-gula atau coklat, sekurang-kurangnya ada gula masuk mulut. tapi sebelum bangun pagi dah minum susu dalam mamai-mamai tidur, kira ok la sikit kan..

Walau apa pun, anak ummi memang kuat semangat. ingatannya boleh tahan juga tajam, cuma tak berapa fokus lagi, tak apa, kita cuba peringkat demi peringkat. ummi tengok, kemahiran mewarna muaz dah semakin baik, waktu mula-mula kerja tangan sekolahnya boleh tahan, anak ummi warnakan buah epal tanpa keluar garis yang ketara. ada gaya bakal jadi insan yang patuh peraturan ni. akhir-akhir ni, dah pandai atur warna ceria pada gambar buku latihan yang ada kat rumah..

Ya Allah, Engkau bantu lah hamba Mu yang lemah ini bersama keluarga ku untuk membimbing amanahMu ini mengikut acuan yang Engkau redhai. Tunjukkanlah kami jalan yang benar ya Allah..

Si putri kecil syafiah pula baru tahun, tahun depan dah 3.. kalau nak diikutkan dah boleh hantar bersama abangnya, hari-hari temankan abang hantar ke sekolah, nampak sangat teruja nak ikut juga. tapi kesian juga kalau hantar 3 tahun, 4 tahun dia akan hadap benda yang sama.. hmmm, kita tengok la dulu macam mana nanti..

Thursday, May 08, 2014

membanting tenaga, memerah keringat 2014

Assalamu'alaikum wbt..

Kemaskini pertama buat tahun baru, tetapi sudah hampir tamat separuh tahun pertama. Memang agak menyedihkan, kan? kan? kan?

Di kala media sosial yang tumbuh bagaikan cendawan, tradisi lama ber'blogging' ni tersisih begitu sahaja... waduhhhh, emosi .....

membanting tenaga, memerah keringat. antara projek baru 2014. setelah berminggu-minggu mengisi hari off syif dengan merumput di salah satu tempat strategik di kebun, akhirnya projek tanaman sayur-sayuran bermula. taburan pertama benih sawi yang dibuat bersama buah hati hero pada 1 mei, kurang 5 hari, tunas sawim sudah kelihatan. tapi agak rapat pula hasilnya di tapak semaian sawi. biasa la, main hantam ja dengan muaz. hasilnya alhamdulillah.. maka terpaksa laa tambah batas baru. batas sedia ada dah diisi dengan anak-anak bayam merah dan hijau. hasilnya, alhamdulillah, hampir semua hidup. tapi risau juga, sebab tak beli baja tambahan pun, guna baja semula jadi yang ada ja. agak-agaknya, hasilnya nanti macam mana ya?

susulan perkembangan projek, insyaAllah, akan cuba dikemaskini. seronok pula jadinya melihat keringat yang ditumpahkan, tunas-tunas kecil yang terhasil. setakat ini, yang sedia disemai sawi, kailan, kangkung, lada burung, bendi,k.botol/kelisa.. bayam tu tak guna benih, cuma pindahkan anak-anak pokok belakang rumah ke batas di tapak projek. ma kata kawasan projek berpasir, sesuai la jugak, tapi kena lebihkan baja kalau nak subur cepat. asalnya sasaran projek dari tahun lepas lagi, tapi bila dah lapang kawasan tu, ma kata tak sesuai la pula, sebab kawasan lalu-lalang, terpaksa la pindah jauh sikit, kawasan pun dekat ngan kolam dan tali air sungai. kulit sekarang jangan kata la, dah 'sunburn' berbelau-belau jadinya. pedulikan, asalkan tak sakit, ya tak?
sekarang dalam usaha menambah batas, niat tu nak cari benih tembikai....hmmmmm.. fighting!!!! kalau dapat tuai musim ramadhan nanti, nikmatnya..