Saturday, May 10, 2014

Perihal si putera ke sekolah...




Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang dah update satu, kita tambah lagi satu..

My little prince dah pergi sekolah, baru 4 tahun ja.
sekadar beri pendedahan awal, terutama bab pergaulan dengan rakan-rakan, tak dilupakan, ilmu tu yang paling penting. kalau dibiarkan kat rumah sahaja, kesian juga, almaklum la kan, budak-budak pun setakat adiknya aja, kawan-kawan sekampung, setakat sorang dua tu ja yang duk belakang rumah, itu pun sekarang dah jarang main bersama. pergi sekolah, mata luas sikit, kenal ramai rakan sebaya.

Hari pertama kat sekolah, ummi kerja malam, tak dapat hantar. minta tolong mak tam yang temankan, punya la takut dengan suasana baru, terpaksa mak tam tunggu sampai ke tamat waktu belajar.. alahai anakku.. hari kedua, ummi tak kerja, giliran ummi pula, pakatan bersama guru PASTI, ummi amanahkan guru untuk menenangkan suasana.. meraung jangan kata la, sebak hati dibuatnya. apa tidaknya, mana pernah muaz ditinggalkan bersama orang luar. alhamdulillah, pandai juga guru dia pujuk, cuma elok ja nak balik, sekali lagi meraung, sebab dengar kata ummi tunggu diluar. Hari ketiga, cubaan sekali lagi, masih lagi menangis, tapi agak kurang sedikit dari hari kedua, sebab cikgu cepat-cepat pujuk... dan seterusnya semakin baik penerimaan dia berada di sekolah. Cuma ummi bimbang sikit nak pujuk bangun mandi ke sekolah, cukup liat, kalau la dah boleh biasa ikut solat subuh, tentu dah ok.. tapi nak ikut solat pun tengok mood dia juga. itu la dia, nak melentur rebung ni, kena banyak tahan sabar. tapi 2 3 hari kebelakangan ni, dah jumpa point baru, mandi guna air suam, seronok sikit muaz nak ready ke sekolah. ya la, siapa la tak segark kalau dapat mandi air panas pagi pagi.. sekarang ni ummi risau nak kawal pakai lampin dan makan sarapan/kudapan kat sekolah saja. 2 3 minggu pertama, tak dipakaikan lampin, selalu ja seluarnya basah. bukan tak pandai nak ke tandas sendiri, cuma agak berat mulutnya nak minta izin guru. lagi pula pintu kelas sentiasa tutup, tak boleh dia nak terus pergi sendiri. hmmm, macam mana la ya. tidur malam pun mash lagi kena pakai lampin, kalau tak memang basah, kalau basah dia kejutkan kita tak pa la jugak, ini tak terus je tidur, malas dia nak pedulikan.. ini laa anakku.. lagi satu habit makan, sarapan pagi memang susah la, tapi ini memang salah ummi, cara kita ambil sarapan kat rumah agak tak teratur, tak tersedia atas meja bila tiba masa, jadi bila muaz ke sekolah, dengan gerun dia tak hilang-hilang lagi, sarapan memang out la. tapi untuk atasi masalah tu, terpaksa la ummi sediakan gula-gula atau coklat, sekurang-kurangnya ada gula masuk mulut. tapi sebelum bangun pagi dah minum susu dalam mamai-mamai tidur, kira ok la sikit kan..

Walau apa pun, anak ummi memang kuat semangat. ingatannya boleh tahan juga tajam, cuma tak berapa fokus lagi, tak apa, kita cuba peringkat demi peringkat. ummi tengok, kemahiran mewarna muaz dah semakin baik, waktu mula-mula kerja tangan sekolahnya boleh tahan, anak ummi warnakan buah epal tanpa keluar garis yang ketara. ada gaya bakal jadi insan yang patuh peraturan ni. akhir-akhir ni, dah pandai atur warna ceria pada gambar buku latihan yang ada kat rumah..

Ya Allah, Engkau bantu lah hamba Mu yang lemah ini bersama keluarga ku untuk membimbing amanahMu ini mengikut acuan yang Engkau redhai. Tunjukkanlah kami jalan yang benar ya Allah..

Si putri kecil syafiah pula baru tahun, tahun depan dah 3.. kalau nak diikutkan dah boleh hantar bersama abangnya, hari-hari temankan abang hantar ke sekolah, nampak sangat teruja nak ikut juga. tapi kesian juga kalau hantar 3 tahun, 4 tahun dia akan hadap benda yang sama.. hmmm, kita tengok la dulu macam mana nanti..

No comments: