Thursday, May 08, 2014

membanting tenaga, memerah keringat 2014

Assalamu'alaikum wbt..

Kemaskini pertama buat tahun baru, tetapi sudah hampir tamat separuh tahun pertama. Memang agak menyedihkan, kan? kan? kan?

Di kala media sosial yang tumbuh bagaikan cendawan, tradisi lama ber'blogging' ni tersisih begitu sahaja... waduhhhh, emosi .....

membanting tenaga, memerah keringat. antara projek baru 2014. setelah berminggu-minggu mengisi hari off syif dengan merumput di salah satu tempat strategik di kebun, akhirnya projek tanaman sayur-sayuran bermula. taburan pertama benih sawi yang dibuat bersama buah hati hero pada 1 mei, kurang 5 hari, tunas sawim sudah kelihatan. tapi agak rapat pula hasilnya di tapak semaian sawi. biasa la, main hantam ja dengan muaz. hasilnya alhamdulillah.. maka terpaksa laa tambah batas baru. batas sedia ada dah diisi dengan anak-anak bayam merah dan hijau. hasilnya, alhamdulillah, hampir semua hidup. tapi risau juga, sebab tak beli baja tambahan pun, guna baja semula jadi yang ada ja. agak-agaknya, hasilnya nanti macam mana ya?

susulan perkembangan projek, insyaAllah, akan cuba dikemaskini. seronok pula jadinya melihat keringat yang ditumpahkan, tunas-tunas kecil yang terhasil. setakat ini, yang sedia disemai sawi, kailan, kangkung, lada burung, bendi,k.botol/kelisa.. bayam tu tak guna benih, cuma pindahkan anak-anak pokok belakang rumah ke batas di tapak projek. ma kata kawasan projek berpasir, sesuai la jugak, tapi kena lebihkan baja kalau nak subur cepat. asalnya sasaran projek dari tahun lepas lagi, tapi bila dah lapang kawasan tu, ma kata tak sesuai la pula, sebab kawasan lalu-lalang, terpaksa la pindah jauh sikit, kawasan pun dekat ngan kolam dan tali air sungai. kulit sekarang jangan kata la, dah 'sunburn' berbelau-belau jadinya. pedulikan, asalkan tak sakit, ya tak?
sekarang dalam usaha menambah batas, niat tu nak cari benih tembikai....hmmmmm.. fighting!!!! kalau dapat tuai musim ramadhan nanti, nikmatnya..

No comments: