Monday, September 12, 2005

English Corner #1

A junior manager, a senior manager and their boss were on their way to a lunch meeting. In the taxi, they found a lamp. The boss rubbed it, and a genie appeared. “I’ll grant you one wish each,” the genie said.
Grabbing the lamp from his boss, the eager senior manager shouted, “I want to be on a fast boat in the Bahamas with no worries.” And, poof, he was gone.
The junior manager couldn’t keep quite. He shouted, “I want to be in California, with beautiful girls, food and cocktails.” And, poof, he was gone.
Finally, it was the boss’s turn. “I want those idiots back in the office after lunch.”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Three men are sitting in the waiting room of a hospital. A nurse walks over to the first one and says, “Congratulations. You’re the father of twins.”
“What a coincidence,” he says. “I work for Twin Towers Bank.”
A while later, the nurse comes out to congratulate the second man. “You’re the proud father of triplets,” she tells him
“That’s funny,” says the new dad. “I work for AAA.”
The third expectant father jumps up, a look of terror on his face, and runs for the door.
“sir, where are you going?” the nurse calls out.
He yells over his shoulder, “I work for 10,000 Auto Parts!”

Saturday, September 10, 2005

kuHAntum

Banyaknya
Bilangannya
Bahagian tertentu
Suatu kuantiti tenaga tertentu
Boleh diserap
Boleh dibebaskan
Dengan hadirmu duhai tenaga

Teori menyatakan
Tenaga
Kau bukan berterusan
Tetapi dot dot dot
Terputus-putus
Dalam rupamu yang tersendiri

Kau teori gila
Gilamu menjadi tumpuan

Kenapa perlu ditela’ah?
Kenapa perlu dikaji?
Kenapa perlu diambil peduli?

Allah Maha Esa
Saujana lautan terbentang
Belum cukup dijadikan tinta melakar kebesaranMu

Fenomenamu perihal seni
Molekul, atom, zarah

Spektroskopi aplikasimu
Superkonduktor tempatmu
Superbendalir kau juga ada
Tapi… bukan pada superman
Kosmologi sudah tentu ada
Optik moden turut kau sertai
Kau tetap gah di mana-mana

Denganmu apa pun boleh jadi
Merentasi masa
Bola menembusi dinding?
Tanpa binasa kedua-duanya
Mana mungkin?

Tapi dengan teorimu
Macam macam ada!


-7.41pg, 10sept-
dimulakan dengan bismillah..
page pertama mekanik kuantum ahaks!

Friday, September 09, 2005

tiNtA pEmiKir sEorAnG sAhaBAt



Assalamu’alaikum wbt

Wahai teman seperjuangan
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga kita…
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapandan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannyauntuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. kerana kita juga ada janji yang tak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga mengerti perasaan kecewa.. tetapi kita sering terlupa….
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongs bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenagkannya sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu…. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..

Renungilah…



-tinta pemikir seorang sahabat-
lupa dari mana datangnya tinta tak berjenama niih.. salah satu koleksi yang tersimpan untuk paparan bersama!

lanskap hidup


Di tebing ini ku berdiri
Sepi.. tapi berpenghuni
Di depanku lautan kehidupan
Saujana mata yang terencana
Kiri kananku kehijauan
Flora nan merimbun
Peneman sepi yang setia
Kekal bersamaku
Sebagai peneduh untukku terus bertapak
Di belakangku kelam
Namun ku gagahi menoleh
Supaya sandaranku kekal disitu
Lantas jika ku terjatuh
Ia masih bias melantunku semula ke atas

Inginku pastikan lanskap ini kekal damai
Hatta ku harus terus teguh menjaga kehormatan
Ku harus redha
Dengan sebarang anugerah nikmatNya
Sama ada sedikit atau sebaliknya
Kebaikan perlu ku biarkan berterusan ikhlas
Hari demi hari hingga ke penghujung hayat

Namun ia tidak lengkap
Jika lidah yang lantang berbicara
Tidak diawasi kebebasannya
Bebas biar bertempat

Kerana kitalah
Yang diamanahkan
Menyempurnakan lanskap ini
Sebelum ia terpampang
Di mahligai keadilan
Di suatu ketika
Yang pasti muncul jua.


-12.11, 9/9-
sambal pedas udang dah siap!

lanskap

Thursday, September 08, 2005

tEmudUGa tErtUtuP

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau
berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.


Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.

Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Wallahu-a'lam

tOngGak 12



Setiap detik yang berlalu
Tidak kau siakan begitu sahaja
Kau begitu tekun
Maka kau berhak miliki kejayaan
Terpancar sinar bahagia
Walaupun keletihan seharian bekerja
Kau tabah menghadapi kerenah
Itulah kesabaran yang engkau utamakan
Jati dirimu usah dipertikai
Sungguh mulia peribadimu
Keluhan tidak pernah kedengaran
Kau sungguh baik hati
Sejarah telah mendewasakanmu
Lantas kau dipengaruhi dan mempengaruhi melalui teladan
Biar pun masa mu terkorban
Kewajipan terhadap tugasmu tidak kau abaikan
Kau begitu bijak mengatur langkah
Dan kau begitu berhemat melakar landskap hidupmu
Oh, kau sungguh mulia
Namun kesedaran tanggung jawabmu tak pernah kau anak tirikan
Hari-hari yang mendatang
Bakatmu terus kembang mekar
Kau amat puas
Menikmati hasil ciptaanmu sendiri

Itulah tonggak 12
Nilai-nilai murni
Sebagai seorang yang berkualiti
Sebagai seorang yang produktif
Sebai seorang KAKITANGAN AWAM!

-8.55 mlm, sept 8-
boring do’oh baco fakta! W’pun tok penting, tapi kena gok tahu….

Sunday, September 04, 2005

prOud to bE mE

MENGENAI WANITA dan KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti dengan memerdekakan 70 hamba ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari pada anak lelaki Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya.” "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

....sekadAr reNunGan...


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku..... terus berjalan..... kekerongkongku.... sakittttttttt........ sakit...... rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,....
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan. Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria ... terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cubajelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak.....tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.
Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis..... masaku telah terlewat..... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca coretan ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

teka teki hampesshh

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...


1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya

Thursday, September 01, 2005

dialog hAmpehss

Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Mu : Aku tidak percaya kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku .

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan gadis lurus hatiku ini , kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan .

Aku : Tapi , cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi , aku mengamalkan Hukum Newton Ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah `random` yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak .

Aku : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan .

Mu : Tetapi , mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu .

Mu : Adakah kita akan bersepadu secara kimia?

Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Aku : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazi.
Mu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

Mu : Tapi imanku adalah infiniti!

Aku : Aku tidak fakir imanmu infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x1023.

Mu : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku : Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolisis.

Mu : Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangka kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian………