Friday, September 09, 2005

lanskap hidup


Di tebing ini ku berdiri
Sepi.. tapi berpenghuni
Di depanku lautan kehidupan
Saujana mata yang terencana
Kiri kananku kehijauan
Flora nan merimbun
Peneman sepi yang setia
Kekal bersamaku
Sebagai peneduh untukku terus bertapak
Di belakangku kelam
Namun ku gagahi menoleh
Supaya sandaranku kekal disitu
Lantas jika ku terjatuh
Ia masih bias melantunku semula ke atas

Inginku pastikan lanskap ini kekal damai
Hatta ku harus terus teguh menjaga kehormatan
Ku harus redha
Dengan sebarang anugerah nikmatNya
Sama ada sedikit atau sebaliknya
Kebaikan perlu ku biarkan berterusan ikhlas
Hari demi hari hingga ke penghujung hayat

Namun ia tidak lengkap
Jika lidah yang lantang berbicara
Tidak diawasi kebebasannya
Bebas biar bertempat

Kerana kitalah
Yang diamanahkan
Menyempurnakan lanskap ini
Sebelum ia terpampang
Di mahligai keadilan
Di suatu ketika
Yang pasti muncul jua.


-12.11, 9/9-
sambal pedas udang dah siap!

No comments: