Friday, March 29, 2013

Santai

Assalamu'alaikum..

entah ke mana hilangnya ya.. mengeluh pun tak guna, tak elok pun mengeluh, so, better just folllow the flow.
Sikit sikit lama lama jadi bukit, insyaAllah. Tiap kali ngadap internet sejak dua menjak ni banyak masa dihabiskan tenngok streaming online movie atau telemovie ja. dari satu ke satu cerita khatam.. memang buang masa, asalkan otak tak stress, kerja pun happy.

janji nk update cerita lama2, nampak gaya jadik basi la album aku tu. Basi pun basi la, ada sapa yang peduli, ye dak? hehehehe

Sekali log in, susun sket2 ja template blog ni. Sambil tu update status sempoi simple..


Wassalam


p/s: Syafiah dah boleh berjalan, siap boleh U-turn lagi, pada umur genap 1 tahun 1 hari. alhamdulillah. kalau sebelum ni dibiarkn ajar dia tatih kerap sket, mungkin lg cepat, tp tak nyempat nk kepong, di sekat melompat atas buaian ngan walker ja. Muaz dulu 1thn 1 bulan jugak la nk berani lepas tangan, tp bdn ngn kaki dh ringan melangkah.. teori budak pmpuan cepat jln dr lelaki ada betul jugak la kot

Thursday, February 28, 2013

Alhamdulillah..done

alhamdulillah, selesai sudah salah satu tuntutan agama untuk anak perempuan aku. setelah tertangguh sekian lama. dah masuk 10 bulan, baru nk buat. ma kata, org kedah mmg tunggu lambat2 sket, tp kalau kelantan, dlm tempoh pantang dah boleh buat. nk tunggu besar khuatir terlalu aktif hingga sukar nk dibuat. 1st time aku tengok dengan mata kepala sendiri. sblm ni kalau sebut bab sunat untuk org perempuan ni, tetiba sendiri jadi ngilu. so, lepas ni tinggal muaz je la ..

terajin sangat la pula kali ni, posting 3 skali artikel walau entah apa2..

sedikit petikan dari blog sahabat2 yg mengetengahkn isu ini. sblm ni aku tak pernah mendalami benda2 mcm ni. ingtkn baby ja kena buat, rupa2nya saudara baru perempuan pun diwajibkn juga jika tak memudharatkn muslimah tersebut.


Soalan:
Assalamualaikum ustaz,
Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja..Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak-anak kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki…
Wassalam


Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
  1. Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
  2. Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
  3. Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin

.:Penang Bridge lagii:.

Alkisah masalah yang berlaku di atas jambatan pulau pinang, sedikit sebanyak mengganggu 'fobia masuk kerja lambat' aku. hahaha, ada pulak gitu jadiknya .

postage kali ni tanpa gambar..

setelah hampir seminggu lebih cuti+++office hour, syif pertama dah mencabar diri, bukan disebabkn masalah kerja, tetapi lebih kepada urusan peribadi. disebabkan sepanjang hari kat office agak tegang (26.2.13), sbb menanti kehadiran staff ict dr hq, dgn masalah internet n network kat office, aku tak sempat update current issue yg berlaku kat luar. 1st thing, kavi masuk lmbt, org2 hq pun sampai lambat, liza update info, aku lampi lagi. at last, sblm nk balik ma phone, dah masuk berita, ada rekahan atas penang bridge.. hopefully takda apa2 laa. dsbbkn info tak lengkap laluan mana yg teribat, maka aku lengahkn masa dgn singgah di giant bayan baru terlebih dahulu sblm balik rumah.. elok ja lalu bridge, line clear cheqq. tp laluan masuk island , mmg teramat kesian, smpai ke prai kereta beratur, dr 3 lane jadi 1 lane, dgn driver wat lembap konon nk tgk apa jadi. agaknya dlm ramai2 camtu, sure ramai yg terkejar2 nak ambil flight, apa jadi dgn dirng ya bila stuck dlm jammed mcm tu? tiket bukan seringgit dua..

maka update cctv pba kembali ke minda, rupa2nya dh lama beroperasi semula, since last year, dihentikan sementara, bila mula balik tak tau la, here's da link, penang bridge camera real time. lebih baik dari dulu, lebih mesra pengguna. thanks a lot dgn kemudahan yg ada. lebih baik dari tak ada sebarang rujukan kan? kalau dulu setiap kali nk refresh kena enter code, skrg dah tak perlu.

masuk syif mlm 27.02.13, tak senang duduk juga dibuatnya, acap kali jenguk khabar pasal bridge kat fb diorang, tgk cctv. asalnya kalau teruk lg nk jer rempit motor. tp last minit, kereta jugak, cuaca tak mgizinkan. dgn letih tak tido langsung, kabur mata mengantuk gila bila drive. hasil rujukn tak seberapa, trafik masih lagi tak berapa lancar, maka dgn itu, 4 lebih dh keluar rumah, spare masa nk isi minyak lg, dgn tak mandi ptg pun, spare mandi kat opis jer la (air kat rumah kebun tak da lagi). separuh jln dengar update trafik kat era, kerja2 baikpulih selesai..dugaannnn. 5.15 smpai byn baru, aku dh buntu.. lastly pergi giant byn baru lagi, beli mkn, naik tgkt atas intai buku cerita.. hmmmmmm, apo nk d kato lagi ehhh

letihnya, rest day plak diorng buat meeting ngn jamuan, nk skipped, last meeting pun aku tak hadir jugak, nk tak nk, kena tunggu jugak la nih.. lepas subuh nnti nk gedebum sejam dua jadik laa.

..::..::..::..::..

still alive, but still
can't avoid
still looking for reason

setelah sekian lama jaringan internet kat pc pegawai ni lingkup, akhirnya kembali bernyawa..
bukan tak nak guna bb, limited usage, kang kalau buka lama2 abih pulakkk
bukan tak nak guna ipad, almaklum je la, bila dah mengadap sket ja, hero heroin kat rumah akan meragaih la nk ikut sama.. the only way n chance, office.. sorry, i'm not menyalah guna keperluan, as long as my daily routines done, should be no problem.. 12 hours, if so strict, takkn la nk refresh sket pun ta bulehhh...

haha ha, pandai sangat la buat alasan lagi

dah berkulat gambar2 seminar dlm simpanan, menunggu untuk dipublish, tak kesampaian lagi. keutamaan lebih kpd paper research tahun lepas yg tak siap2 lagi. mmg lembap betul laa aku nih.. alasan lagiiii


chowww, untill next post