Sunday, July 30, 2006

cerita

PAKU DI DINDING.....


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang ditembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasamembuka hatinya kepada kita.

p/s: Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.kadang kala diri ini tidak sedar akan perilaku yang lalu jika tanpa teguran yang sentiasa membina.. have a nice day to all my friends..

Wednesday, July 19, 2006

hiasan

Sekadar replika
Tatapan mata
Sekadar hiasan
Menjadi tatapan

Biar terpesona
Namun tiada harga
Biar digeruni
Namun tiada berseri

Dimamah usia
Lantas sia sia
Ditelan zaman
Lantas ketinggalan

Terpandang sang perhiasan
Lantas ku terperasan
Nukilan episode kemerapuan
Puitis spontan yang amat menghairankan

pAnTun otRomEn

-kemungkinan pantun ini dah terlalu pemes kat memana emel lawak yg berterabur kat inbox kalian, sekadar kopi susu dari bulletin prengster x-classmate INSEP aku, sedara Li, sekali sekala baca, best gak, dpd dok nyemak save kat my document aku tu, baik gak paste kat sini, selamat berpuitis-


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksasa dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksasa berlari
Mana nak sama Raksasa Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Mana nak sama Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepala dia Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksasa mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman dah menyala.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksasa, Ultraman Pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kita berbahasa
'Fire' diberi pada raksasa.
-selamat-

Tuesday, July 18, 2006

tiAdA kAta

tiada kata
pengganti bicara
tiada madah
pengganti keletah
tiada keluhan
menggantikan ungkapan
tiada salam
penyeri kalam

salam minda
penyeri jiwa
salam tinta
penyeri nota
salam ikatan
penyeri sekalian ikhwan
salam diberi
penyeri sepi

lalu berlalu
tinggal pemergian
kekal berkekalan
..................................................

once again.. operasi merapu kembali bertamu.....