Thursday, June 26, 2008

si diA

260608, 1.50 pg tengah malam

dia masuk rumah seperti biasa sekitar 9 mlm td, tapi kali ni hanya setakat vistro 1000 ku sahaja, tidak dimasukinya bilik kegemarannya (bilik belakang).mungkin sebab kedudukan kami agak menghalang laluannya, lalu dia keluar , aku tengok dia macam biasa saja.
kurang satu jam lepas, tengah mengadap pc game, mesej bisness ngan roziah, bercerita pasal min,, persis bunyi yang agak familiar kat luar.seperti yg dijangka, sekumpulan anjing liar memang dah berlegar didepan rumah, masih belum putus asa nak baham si dia
dulu dah pernah sekali, tapi kali ni aku betul2 trkilan, tak dapat nak buat apa2. kumpulan pemangsa tu dah tarik2 badannyamcm kain buruk depan aku. cuba gak beranikan diri nk kluar, elok jer bawa kayu ke padang, diorang dah salak aku, kecut perut gak, lari balik..huwaaaaaa, diorang dah lapah dia depan mata aku.. saddisss.
jiran depan umah, dengar bunyi bisisng, dia pun cuba halau kumpulan pemangsa, tapi dah tak dapat nk selamatknbergenang kolam aku. tengok bekalan maknannya, dah tinggal suku, ku niat td, dh gaji nih , nk kena tambah beli, stok simpanan dah nak abis.nampaknya dah tak perlu.....
dah tak da lagi pak we aku
dia masuk rumah kali terakhir tadi rupa2nya nak ucap selamat tinggal
dalam seminggu dua ni, aku kerap peluk dia ,1st time last 2 weeks, dia betul2 jinak sebaik saja aku cekup dia.dukung dia macam kucing masa mek datang. bila dilepaskan, langsung tak lari pulak tu. jinak yg amat. kalau tak, nk sentuh hidung dia bukan main susah..dan dpd hari tu, acap kali aku dukung dia . buat mcm kucing.
namun semua tu tinggal kenangan. maaf, tak dapat nak selamatkn dia, luar kuasa aku, aku tak mampu, hayatnya setakat itu, tp mungkin matinya ada juga kebaikan, mengisi lapar kumpulan si pemangsa tersebut.
tapi sedisss wooo
org tua pernah pesan, kalau amik gambo binatang peliharaan, umurnya tak panjang??kepercayaan org lama. tak elok percaya, dah jadik syirik lak nntit benda yg jadi skrg ni mungkin kebetulan sahaja.syok2 amik gambo kereta, aku amik gambo dia sama..
itu hayat si dia, juga hambaNYA. bagaimana pula dengan aku???
huwaaaaa, sedisssssss

Friday, June 20, 2008

scHeduLe foR jUne

bila agaknya aku akan bertukar jadual kerja, tak perlu lagi ikut kerja cam ni?????


Wednesday, June 11, 2008

Panduan Kepada Pengguna Jalan Raya - Ketahui Hak Anda Jika Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Anda sedang berjalan dan memandu. Tiba-tiba anda ditahan polis. Apa yang anda perlu lakukan?
Anda hanya perlu nama, nombor kad pengenalan dan alamat. Pastikan anda sentiasa membawa kad pengenalan anda.
Selain dari itu, anda tidak perlu menjawab sebarang soalan yang lain.
Anda berhak meminta kad kuasa polis. Jangan lupa catat nama dan nombor pengenalan mereka.
Catat juga nombor kereta peronda polis tersebut.
Jika seseorang berpakaian biasa yang menyatakan dirinya polis menahan anda, anda berhak:
Meminta mereka menunjukkan kad kuasa mereka. Polis dikehendaki memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas. Catat nama dan nombor pengenalan mereka.
Jika ditahan soalan-soalan lain:
§ Tanya polis tersebut “adakah saya ditangkap” anda berhak mengetahui samada anda ditangkap
§ Jika polis menjawab “Ya” jangan menjawab sebarang soalan lagi. Anda berhak menjawab soalan-soalan di mahkamah.
§ Jika polis menjawab “tidak”, anda bebas untuk beredar dari tempat itu.
Bolehkah polis memeriksa anda tanpa sebab?
o Tidak sama sekali!!! Polis HANYA boleh memeriksa anda jika anda ditangkap
o Jika ditangkap, wanita hanya boleh diperiksa oleh pegawai wanita sahaja, dan lelaki hanya boleh diperiksa oleh pegawai lelaki sahaja dan perlu dilakukan dengan sopan. Ini hak anda seperti yang termaktub dalam prosedur janayah.
Anda dianggap ditangkap sekiranya:
Polis memberitahu anda “ anda ditangkap “ atau
Anda digari atau
Anda dilarang bergerak dari tempat tersebut. Polis mesti memberitahu anda ditangkap. Ini adalah hak perlembagaan anda.
Sekiranya anda DITANGKAP:
Pastikan ada orang yang tahu anda telah ditangkap. Jika anda membawa telefon bimbit, hubungi rakan, keluarga atau peguam anda.
Kenal pasti tempat dan masa anada ditahan. Kemungkinan besar anda akan dibawa ke balai polis yang terdekat. Minta rakan, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis yang berhampiran dengan tempat anda ditahan
Apabila berada di lokap
Apabila anda dimasukkan ke dalam lokap, barang – barang yang anda bawa akan diambil dan disenaraikan oleh pihak polis. Periksa senarai tersebut; pastikan jumlah wang dan butir-butir kad kredit dan bank ditulis dengan betul. Pastikan anda tandatangani senarai tersebut. Polis hanya boleh menahan anda dalam lokap selama 24 jam sahaja tidak kira samada pada cuti umum atau hujung minggu. Sebelum tempoh 24 jam itu tamat, polis mesti membawa anda berjumpa majistret.
Apabila dihadapkan ke MAHKAMAH
Beritahu majistret jika anda ada apa-apa aduan contonhya anda dipukul , dipaksa membuat pengakuan, diugut, ditangkap tanpa diberitahu kesalahan anda, perlu berjumpa doktor dan sebagainya.
Majistret hanya boleh mengenakan tahanan reman dalam lokap tidak lebih dari 14 hari.
Peguam wajib ada bersama anda. Jika tiada peguam maklumkan kepada Majistret mendapatkan perkhidmatan peguam. Pusat bantuan guaman ada menyediakan khidmat guaman.
Jika anda memerlukan bantuan huibungi:
Pusat bantuan guaman KL: 03-26913005/26932072
Pusat bantuan guaman Selangor: 03-33722792
Biro bantuan guaman wilayah persekutuan:03-26942700
Biro bantuan guaman selangor:03-55194367/55106192
SUARAM :03-77843525
HAKAM:03-26938828
Sisters In Islam:03-79606121/79606122/79604485
Pembayaran Saman Kepada Pihak JPJ
Saman yang dikeluarkan oleh JPJ ternahagi Dua (2) iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
Aman boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.
Saman JPJ boleh dibayar ditempat berikut:
Dimana-mana pejabat JPJ Negeri , cawangan dan pejabat kecil JPJ
Melalui Perkhidmatan e-Services.
Cara-cara pembayaran saman:
Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar mana-mana pejabat JPJ
Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran.
Bagi saman yang ada notis PG1, laporan PG2 hendaklah disertakan bersama (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
Bayaran boleh dibuat secara tunai.
Bayaran juga boleh dibuat melalui Wang / Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
Pembayaran saman melalui perkhidmatan e-Services bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG1 sahaja bayaran oleh dibuat melalui laman web berikut:
o www.eservices.com.my
o www.rilek.com.my
o www.myeg.com.my
Rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun hendaklah dibuat kepada pejabat JPJ yang mengeluarkan saman. Rayuan perlu dikemukakan sendiri oleh orang yang dikenakan saman pada hari yang ditetapkan sebagai hari rayuan oleh JPJ negeri berkenaan dalam tempoh pembayaran kompaun. Pengurangan kadar kompaun hanya boleh ditentukan oleh pengarah JPJ sahaja. Dokumen –dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Surat rayuan
Salinan saman JPJ P22
Article contributed by AAM

Saturday, June 07, 2008

uNtitLeoFtEnsion

Ketegangan minda semakin menekan. Kehangatan kolam yang semakin sarat melimpah-ruah melepasi batasan yang ada. Kewujudan blog yang ada hanya sekadar melepas dendam yang yang terbuku tetapi tanpa disusuli jalan penyelesaian. Jika mati (aka mati akal) sekalipun belum tentu terurai segala kekusutan, tetapi menambah beban yang perlu dipikul.

Daripada hal keluarga-> konflik diri-> kerja -> persekitaran....

Tidak akan pernah berhenti memburu insan yang lemah ini.Penyelesaian yang terbuku diminda, hanya mampu dipendam dalam hati yang makin lama makin sarat pinta dibedah.