Sunday, December 16, 2012

.:: New Baby ::.

(maaf, masih menggunakan bahasa melayu yang tidak sempurna tatabahasanya)

alhamdulillah, syukur atas nikmatnya.. rezeki anak kedua agaknya. akhirnya keluarga ku berpeluang miliki sedan import.

(bukan gambar sebenar)
Nissan almera manual 1.5, bronze gold .


ambil yg paling simple ja. belum mampu lg nk ambil auto, walaupun beza harga tak byk sgt, tp cukup la dgn yg ni. Savvy apa cerr? asalnya nk trade in, tp jodohnya panjang lagi stakat ni dgn aku.. direhatkn sekejap seminggu dua ni, nak kumpul fulus gi servis, byk benda nk kena tengokkan tu.

Order almera ujung bulan lepas, setelah ma abah saja2 jalan survey kereta baru. pengaruh iklan juga agaknya, berkenan tengok bonet dia luas puas hati.. almaklum laa, family besar, kerap pulak p mai p mai kelantan, nk terus amik mpv, van dah ada, walau dh agak uzur. Tapi memang tengah survey kereta yg agak sesuai utk aku ulang alik keja andai kata savvy tak ada, dan sesuai juga dijadikn family car, walau tak leh muat 12org sekali gus.. dari hybrid jazz- vios -  akhirnya almera .. last thursday, welcome to new family. dekat 2 minggu jugak la booking. sat ja. ada gak saleman tu criter, kalau auto, kat 2 bulan juga kena tunggu, sbb bila launch hr tu, dh ramai sgt amik. so, nasib gak amik manual, kejap ja.bulanan, setelah byr muka 5k, almost 720 monthly.. afordable if just 1 car.. tp ni 2 nk kena tanggung.. savvy lg 5 thn, almera 9 thn.
Sakit jugak tu.. gaji skrg dh la ciput.. lepas tolak loan sana sini. insyaAllah, ada rezeki kat mana2 tu nnti.. untuk kemudahan org tua aku jugak, merasa diorang ada keta besar sket. duit, pandai la jimat mana2. asal lepas susu anak2 ngn minyak , ok la.

nak buat testimoni pengguna belum boleh lg agaknya. baru ja pakai 3 hari. tp so far, memang ok sgt2 la kalau nk bandingkn sblm ni biasa guna keta cc 600 1.2 1.3 .. yg ni 1.5, mmg byk beza. dr segi maintance, tengok la mcm mana nnti. aksesori dlmn pun biasa2 ja. radio takdak usb ok.. huhuhu. masih lg dlm proses biasakn diri. bila bawa tu terasa mcm tinggi sket dr naik keta biasa, tinggi gak body dia. cuma seat kat dlm terasa sket mcm kecik. bukan kecik apa pun, bila duduk tu, tak terasa lebihan kusyen..heheheheh..mungkin gak aku gemuk sgt dah kot.. tp kira ok la utk org renet 1.55 mcm aku ni, kaki still leh smpai tekan pedal, malahan tak perlu adjust dekat sgt seat ke depan, elok2 ja kaki rileks ke depan. seat penumpang belakang, mcm dlm tv, ada devider tengah2 tu. nmpak sket bonjolnya.. ada yg kata kalau duduk ramai mungkin sandar agak tak selesa. kalau badan besar tu bertiga still ok, pembahagi tgh tu tak la keras smpai boleh sakit belakang, tali pinggang pun ada 3. tp kalau duduk berempat, mungkin terasa sket bila sandar kot.. tp no komen sgt, sbb blm cuba.

anyway, nice model.

Monday, December 10, 2012

revert to draft

nice

revert few article to draft status..

why?

before this cross those lines. but now, put as draft much better.. may be later on delete permanently

1st trial durian crepe



Percubaan pertama buat Durian crepe.. hasilnya tak seberapa. desert yang tengah meletup letup popular sekarang ni. masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki. buat ala kadar.. rasa? alhamdulillah..ok la, tp tak kebabom seperti mana diwar warkan. insyaAllah..lain kali buat lagi.. tp for those on diet, just forget this menu.
resepi telah dicedok dr blog sapa ntah .. ana suzana

crepe kat atas tu atas cadangan adik, ada 2 3 biji letak raspberry, tak rasa pun, tp leceh sket sbb jem tu cair..


anyway, pengalaman buat benda nih..

Sunday, November 18, 2012

Gara-gara Jambatan tutup...

Catatan 18 november..

Khabar acara tahunan sudah diketahui lebih awal. perkhabaran disampaikn senior staff dan juga rakan sejawat yg juga merupakan daily user penang bridge. sebaik sahaja perkhabaran disampaikn, perkara pertama yg perlu dibuat, sudah tentu cek roster.. perrgghhh, terbaekk punya.. betul2 kena day syif. diorang cadangkan tukar jadual, bos menyampuk sokong.. bila dilihat susunan yg ada, mcm tak ada yg sesuai untuk aku runding tukar jadual.. target utama sudah tentu abg lan, tp dh kerap sgt aku mintak tolong ngan dia kacau weekends.. yg lg dua tu, hmmmm.. paham2 je laaa. so redah  je laa. dah terbayang kat kepala otak aku, bakal lambat agaknya aku hr tu, tp nk sejukkan hati, hari ahad tu, should be ok kot..

Dan hasilnya, 4.45 pg as planned, dh ready nk bersiap, si kecik muaz dh mula operasi. lately, cukup cekap baby besar nih trace ummi nk pergi kerja subuh2. walhal aku tak sentuh apa pun,.. itu ini itu ini..last2 almost 5.15 br dapat gerak dr rumah.. terpaksa pecut ikut h'way, masuk b'worth, kalau ikut jln dlm, sure byk berhentinya pulak. rancang asalnya, 5.30 nk terpacak kat tol feri.. tp elok smpai kat dermaga 5.45.. almost 50 meters from trafic light, kereta dah berderet.. tak bergerak.. Ya Allah, feri tak operate lagi ke nih? nyuutt nyut.. risau aku tanda amaran minyak dh naik.. harap2 tak apa2.

6.30.. kereta bergerak tak sampai pun 50 m agaknya dr mula2 aku smpai.. terpaksa laa call office, megkhabarkn kebarangkalian lambat. sambil tu, aku tak pasti, wuduk masih ada atau tidak, just perform subuh's prayer sekadar yg termampu.. ampun kan hambaMu ini Ya Allah, akan ku qadar supaya lebih baik selepas ini, insyaAllaj. 4cast asal, hopefully sebelum pukul 8 leh smpai ofis.. nahhhh ko..

hasilnya, 7.30 pg, masih jauh lg nk smpai ke situ.. enjin sekepa mati sekejap hidup.. nk jimat minyak konon..rileks kan enjin sama. lenguh kaki dibuatnya.. dr 4 line kereta duk beratur, nk smpai ke destinasi, hanya 2 line diperuntukan, so bayangkan laa.. 


8.10 pg, baru smpai kat sini, terpaksa telefon ofis lagi sekali, update posisi.. ya la, dh lambat sgt aku nih..
nasib agak baik..ada space lg depan grand livina kelabu tu, dpt masuk parking..tp menunggu kat sini pun dh lebih setengah jam jugak la.. dpt naik feri almost 15 sblm kul 9pg.. tak sempat nk ambil gambar pun.. tak da mood.. penat wehh.. dh kebas duduk lama dlm kereta ni, dgn kaki main pedal. nasib baik kereta tak buat hal.. alhamdulillah.. 

kesengsaraan tak berakhir di situ, dh masuk tanjung, satu hal pulak jem sana sini.. maaf laa azam.. extra syif dia ...nasib juga, kalau tak pun, memang dia tak leh balik jugak..itu yg buat aku tak kisah sgt nk kalut tukar syif. tp sengsara wehh.. tahun depan tak moh doh.. tahun2 lepas tak terkena lg dgn aku, event tahun bila ntah, aku masuk mlm, so selamat, tp azam, seingat aku dh 2 kali..pengalaman dah ada, so dia ambil keputusn rehat kat opis, compare to berkejar ke feri..sbb mmg akan sesak juga.
as a result , palm print tepat 9.59 pg. bos nk sign ke tak tak tahu laa aku, 3 jam lambat tu.. nasib suhu dgn 4cast rtm dh ada yg tolong buatkn.. thanks a lot..

memang tragis sungguh journey aku kali ni.. pengalaman..


1st of the New Year 1434 Hijriah

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, kita masih di sini, masih berpeluang menikmati zat-zat DIA Yang Maha Kuasa,  Baik atau buruk, tiada beza. kerana semua itu ketentuanNYA. Aman kita di bumi malaya, sedangkan saudara mara kita di sana, bermandian darah, tiada kesudahan. sudah tercatat sebagai ahli syurga di sana. tetapi kenapa sebegitu hina dan ganas mereka dilayan di tanah air sendiri.
 Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat.. tetapi sejauh mana hati2 ini meratapi menginsafi dan menyusuri langkah perjuangan yg sepatutnya.. berikan kami petunjukMU Ya Allah..


Semoga entry ini bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk tahun ini..


Salam