Friday, December 21, 2007

Kotak Berisi Kasih

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”
“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

quote makan

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah SubhanAllah Wa Taala memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w . Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Wallahu a'lam bish-shawab Billahi at-Taufiq wal-hidayah... Wassalam

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput disitu dan sambil memandang rumput didepan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baikpada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas....

Thursday, June 28, 2007

hmmm

D i dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak ben da ' bulat ' .

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta ben da anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Thursday, May 17, 2007

quote

TERTAWA
Sekali tertawapusing kepala hilang.
Dua kali tertawabencipun sirna.
Tiga kali tertawapersoalan lari.
Empat kali tertawapenyakit sembuh.
Lima kali tertawajadi awet muda.
Enam kali tertawahati penuh sukacita.

SENYUM
Sekali senyumcuriga hilang.
Dua kali senyumjadi sahabat.
Tiga kali senyumhati penuh damai.
Empat kali senyumbeban jadi ringan.
Lima kali senyumrezeki datang.
Enam kali senyumkeluarga rukun.

HATI
Hati yang gembiraadalah obat yang manjur.
Hati yang kerasmenemui jalan buntu.
Hati yang lembutmendatangkan sahabat.
Hati yang lobamenciptakan perangkap.
Hati yang bersihmenjauhkan masalah.
Hati yang licikmendatangkan musuh.

MARAH
Sekali marahSukacita hilang.
Dua kali marahAkal sehat terbang.
Tiga kali marahTekanan darah naik.
Empat kali marahteman-teman pergi.
Lima kali marahJadi cepat tua.
Enam kali marahPintu dosa terbuka.

BANYAKDalam hidup ini…
Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
Taburlah yang banyak,agar menuai banyak.
Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
Lihatlah yang banyak,agar tambah pengalaman.
Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan.
Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper.
Kerjalah yang banyak,agar tidak kekurangan.Dan…
banyaklah humor,agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT
Dalam hidup ini…Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah.
Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.
Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.
Sama lingkungan perdulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.
Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan.
Dan…jadi orang cincai-lah sedikit,agar tidak stress.

KURANGI & PERBANYAK
Dalam hidup ini…
Kurangi ucapan yang mendendam,
perbanyak ucapanyang mengasihi.Kurangi kata-kata yang mengejek,
perbanyak kata-katayang menghargai.
Kurangi kata-kata yang melemahkan,
perbanyak kata-katayang mendorong.
Kurangi perkataan yang menolak,
perbanyak perkataanyang memperhatikan.
Kurangi kata-kata kritik,
perbanyak perkataanyang membangun.
Kurangi kata-kata yang sia-sia,
perbanyak kata-katayang mendatangkan inspirasi.
Kurangi kata-kata yang kasar,
perbanyak kata-katayang lemah lembut.

YyEerrKKKkk


Wednesday, April 25, 2007

Monday, April 23, 2007

sobb sobbb

andai bicara punya makna
andai kata tersurat maksudnya
andai tingkah tiada lakunya
andai tersurat tidak tersirat
ku mohon noktah
ku mohon berakhir
ku mohon berlalu
biar lesu agar damai
jika ianya bukan milik kita
apa guna dipaksa
didendam tak kesudahan
dikhianati hingga resah gelisah
yakin padaNYA
kau kan temui jawapnya
nukilan merapuku kembali
dikala resah kembali di hati
tak ku pinta itu sudahnya
tak dpt ku halang
tak pasti ku tentang
salahku? mungkin ya mungkin juga...
programm Asessment centre PTD
4-6 MEI
wish me all the best
memang sukar nk lepas 2nd test ni,
out of my expectation..tawakkal je laa

Wednesday, March 21, 2007

Gangguan syaitan

--ku hanya mampu copy paste....tak sempat nak create own articles....

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."

Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4>>Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh >orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang >yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan >sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun >datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah >tempatnya>>Rombongan 5>>Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak >mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan >orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan >makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan >minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, >berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan >yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami >dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan >marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.">>Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika >itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal >ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.>>Rombongan 6>>Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa >banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami >menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang >sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama >dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa >penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula >Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang >kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah >kamu bagaimana hakikat Allah?">>Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu.">>Berkata ulamak Syaitan: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang >tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat >syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan >untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh >kepada kami.">>Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan >ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam >kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan >mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang >sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:>>"Bagaimanakah Zat Allah?" Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .>>Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan >dibuka kepadamu. ">>Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, >maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang >sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.>>Berkata Syaitan: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.">>Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda >yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda >besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, >mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai >makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi >sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi >sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.">>Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut >nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal >di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia >ini.>>Rombongan 7>>Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab >menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa >umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja >yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.>>Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan >72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. >Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal >dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari >gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau >orang yang sedang dalam sakaratul maut.>>Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang >yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah

Friday, February 23, 2007

TahniaH

SALAM PENUH KESYUKURAN
SAMA2 KITA PANJATKAN SYUKUR TAK TERHINGGA KE HADRAT ILAHI, BUAT UKHT LUKISAN_ALAM YANG DAH SELAMAT LAHIRKAN ANAK SULUNGNYA YG COMEL... EEIIIII...CAM NK CUBIT2 WAT LARI JER

Wednesday, February 21, 2007

SCNA LAGIIII

FOR THOSE ASTRO'S SUBSCRIBERS.. NEXT WEEK AKAN ADA LAGI GANGGUAN SIARAN ANDA. HOPEFULLY KALI NI BERJAYA..KALAU TAK..KAMI PARA CSO AKAN BERNANAH TELINGA LAGI MENAHAN MAKI HAMUN PARA PELANGGAN......
HUWAAAAAAA....SADDDISSSSS NYA AKUUUU

Friday, February 16, 2007

quote astro

QUOTE DARI http://stocktube.blogspot.com/2007/02/astro-measat-3-facing-problem.html

Measat 3, which replaces Measat 1, has a mission lifespan of 15 years. The new satellite is more powerful and will give Measat greater transmission and reception capabilities – at least that’s what it supposed to deliver after spending billions of Malaysia ringgit on it. And it took another nine days since the launched for Measat to be sure it’s working fine.Astro All Asia Network PlC, on the other hand hopes the launch of the much-delayed Measat 3 satellite will boost its bottom line. Chief operating officer David Butorac said the new satellite, with 24 transponders (equipment on board the satellite that receives and retransmits signals), would allow Astro to increase up to 50 more channels.
Despite being a pay-television, the 8 million Malaysia viewers are being feed with advertisements when it should be ads-free. Astro has the nerve to comment that it will continue to air advertisements because they contributed about RM150mil to the company's coffers yearly. In Malaysia where competition is a rare commodity and monopoly by big and political-linked companies are the de-facto of doing business, end-users seem to have no other choice but to keep silent with their hands tied.
But what happen since then? It seems the integration or migration of the channels to the new Measat-3 is hitting the walls for some subscribers. There were reports especially high-rise residential viewers that there’re many channels “missing” from their subscription. “Service Is Currently Not Available” was the greeting message when most of the condominium residents try to select their favorite channels since three days ago.
What made subscribers furious was the dinosaur-age service-level provided when the affected customers made a call to customer support (Astro website shows old obsolete number which will re-direct callers to 1300-82-3838(line hotline aku) instead) only to be greeted with “Customer Service reps are busy … Please wait” and put onto music and advertisements for hours.
When the customer service reps finally called up, the Astro’s customers were then told to perform some stupid steps such as on & off the decoder to be on standby mode failing which customers were given another number to call which turns out to be sub-contractors who only do first-time installation jobs. Astro further put the blame on high-rise management with lame-excuses that the problem could be due to wiring and so on. “But before the migration everything was working fine” – a subscriber said. It seems the company owned by Ananda Krishnan is interested in nothing more than sucking the money from the customers without thinking about the quality services that the subscribers are entitled to.


aku malas nak taip sendiri, tapi ini lah senario yg dihadapi para pelanggan astro. dan yg paling teruk kena hantam kami para cso. siapa yg nk dipersalahkan? secara jujur aku salahkn astro jer...apa jenis svc laa yg diorg sediakan. w'pun aku bukan pelanggan astro(malas aku nk pasang astro), tp once bila dh dengar rungutan pelanggan tiap2 hari, sapa tak sakit hati.. tapi apa leh buat, sabar je laa ji oiit.
mulai smlm 150207, signal transmission dr measat 3 dah di tukar kembali ke measat 1. sepatutnya dah tak ada lagi masalah SCNA- service currently not available. kalau still gak ada, itu normalnya prob. cust kena check ngan technician. waduh waduh..aku tak tahu laa sampai bila leh sabo.. hopefully ada laa rezeki kat memana nanti. kalau dh nasib selamanya kat stro ni, tak tahu laa apa nk jadi ngan aku....

Sunday, February 11, 2007

FeB



jadual bulan niii

Monday, January 15, 2007

Jenis Darah Boleh Tentukan Sifat Anda

Jenis Darah Boleh Tentukan Sifat Anda

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.

- Kumpulan Darah O -
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.

- Kumpulan Darah A -
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

- Kumpulan Darah B -
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.

- Kumpulan Darah AB -
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Sumber : Petikan dari majalah Mingguan Wanita, Bil : 1165 (17-23 Mac 2006)

ps:aku copy fwd ain lam pmiupm yahoogroup

Saturday, January 13, 2007

kNowLedgE

PAMERAN
KEGEMILANGAN SAINS
DALAM TAMADUN ISLAM...

Bertempat di :
DEWAN PAMERAN 1
PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR
(KLCC)
8 JAN SEHINGGA 14 JAN, 2007
ekoran sambutan yang teramat menggalakkan, pameran dilanjutkan lagi sehingga 14 Feb 2007.

paSti tiBa....

sAat iTu paSti tiBa
taK perlu kau ragu
taK perlu kau termangu

sAat iTu paSti tiBa
tak pasti bila
tak tentu masa

sAat iTu paSti tiBa
mengapa mesti tergesa-gesa?
selesaikan dulu tugas yang tersedia

sAat iTu paSti tiBa......