Thursday, September 25, 2008

Copy- Maksud nama jepun

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

Wednesday, September 24, 2008

Copy Kisah Adik...

Mungkin penghayatannya berbeza tapi....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.

Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai..
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg! Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan.,biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.. "Kakak, untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung.

Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak.Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi, aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah..Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.

Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. "Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Sunday, September 14, 2008

copy software jokes.

Dear Tech Support Team:

Last Month I upgraded from Girlfriend 5.0 to Wife 1.0.
I soon noticed that the new program began unexpected child-processes that took up a lot of space and valuable resources.In addition, Wife 1.0 installed itself into all other programs and now monitors all other system activities.


Applications such as Bachelor Nights 10.3, Cricket 5.0, BeerWithBuddies 7.5,and Outings 3.6 no longer run, crashing the system whenever selected. I can't Seem to keep Wife 1.0 in the background while attempting to run myfavorite applications.

I'm thinking about going back to Girlfriend 5.0, butthe 'uninstall' doesn't work on Wife 1.0.

Please help!

Thanks,"A Troubled User"

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

REPLY:

Dear Troubled User:

This is a very common problem that people complainabout.
Many people upgrade from Girlfriend 5.0 to Wife 1.0,thinking that it is just a Utilities and Entertainment program.Wife 1.0 is an OPERATING SYSTEM and is designed by its Creator to run EVERYTHING!! !


It is also impossible to delete Wife 1.0 and to return to Girlfriend 5.0.
It is impossible to uninstall, or purge the program files from the system once installed.
You cannot go back to Girlfriend 5.0 because Wife 1.0 is designed not to allow this. (Look in your Wife 1.0 Manual under Warnings-Alimony- Child Support) .


I recommend that you keep Wife1.0 and work on improving the environment.

I suggest installing the background application "Yes Dear" to alleviate software augmentation.
The best course of action is to enter the command C:\APOLOGIZE because ultimately you will have to give the APOLOGIZE command before the system will return to normal anyway.
Wife 1.0 is a great program, but it tends to be very high maintenance. Wife 1.0 comes with several support programs, such as Clean 2.5, Sweep 3.0, Cook 1.5and Do Laundry 4.2. However, be very careful how you use these programs. Improper use will cause the system to launch the program Nag Nag 9.5.


Once this happens, the only way to improve the performance of Wife 1.0 is to purchase additional software. I recommend Jewellery 5.0

STATUTORY WARNING: DO NOT, under any circumstances, install SecretaryWithShortSkirt 3.3. This applicationis not supported by Wife 1.0 and will cause irreversible damage to the operating system.


Thanks & Regards
Tech Support Team

Sunday, August 31, 2008

akhirnya...

buh bai..... hanya tinggal kenangan

kisah 1 (12 hb september)
Berbaki 10 WD/15 hari sahaja lagi untuk kuhabiskan sisa2 hidup di ASTRO. semalam dah kena bambuu ngan TL (team Leader). mula laa hot dia dengan perangai aku. macam2 yang diungkitnya. cam biasa, mula2 tu sedih gak, cam ngan nak nangis, tp bila satu persatu usul keluar dari mulutnya, buatkn aku ..... tak tau laa nak sakit hati ka, marah ka, kecewa ka, ataupun sinis ja rasanya.. bila dah masuk isu ungkit mengungkit ni, jangan main2, aku cukup anti.. kalau dah mengungkit, nampak sgt dia tak ikhlas.

mentang-mentang berdepan dgn cso yg lagak ustazah, mula la dengan tazkirah berkaitan keberkatan halal haram rezeki. hmmmm, pandai sebut, padai tegur, diri sendiri apa yg dah dibuat, ada dia sedar?
aku EL pun dikira haram ke gaji aku? aku EL bersebab. EL aku sepanjang 3-4 hari lepas, bukannya aku dpt gaji, for sure tolak gaji aku. sapa nak jawab 2-3 hari sepanjang aku kerja, sepatutnya aku rehat, tp aku still datang kerja. andai aku mc, gaji still kena tolak..sapa nak jawab mana pembelaan yg staff dapat bila company buat macam tu? nak tak nak, terpaksa amik AL ?untuk rehat. siapa nak cover balik AL yang sepatutnya tak digun a untuk benda tak sepatutnya
aku faham, dia hot sangat sebab aku dah menyusahkan dia, nak kena update itu dan ini.. hmmm, nak ja aku bidas, kerja dia bukan ke jaga staff, dah sebahagian kerja dia gak tu, kalau dah susah, tak yah kerja.katanya dah kecoh satu semua mgmt, dia kena tengking sebab kan aku wat hal.... hmmm, tak da hotak kaa nak fikir, dlm rekod aku baik2, tetiba buat hal? should something wrong some where..
dan mula laa juga sumpah seranah dia, katanya Allah akan balas apa yg aku buat ni.. insyaAllah, itu aku sudah pasti, tp pasti ada juga pembelaan untuk aku kelak atas apa yg dia n mgmt dia dah buat pada semua staff yg dah merasa sebelum ni..satu lagi benda yang dia ungkit, kini dia tau laa, aku ni tak banyak beza ngan cso lain. hmmmm, kenapa? perrgghhh, mentang mentang laa penampilan aku ala2 alim, suka hati dia ja nak kotak katikkn aku, selama ni aku wat dono ja, member2 lain yg tolong jadik hot bila aku jadik lembu kena cucuk tali kat hidung. biar padan sket, kalau dia dah tahu aku pun macam cso lain, she should also know, aku akan berani buat apa yg orang lain buat..
down sekejap aku disebabkn semua tu. apa kan daya, benda dah jadi, dan sudah nekad memang itu plan aku sebaik sahaja surat resign aku tak dilayan dgn baik. hari yang berbaki perlu dihabiskn,, smlm fikir nak ja ncns, tp nampak sgt aku lemah, mengalah ngan ugutan dia.

insyaAllah, aku akan cuba teruskn, dan selama ini laa aku malas nak berdepan ngan dia.. bukan malu, sebab akudah betul2 meluat...tak pernah rasanya aku boleh jadik camni, tetiba kat ASTRO, semuanya ..... macam macam ada.. seperti sugu kata, ada duri dlm daging, dalam aku dok berucap sepatah dua kata dgn team member, sampi juga kat telinga dia macam2...hmmmm, ini satu hal,,,perlu juga aku jauhkn..
aku tak tau laa senior aku, abg nuar boleh tahan n buat dono ja masa ia wat hal mc.ncns.el, masa dia dah mula sakit hati after reshuffle dulu. abg nuar pun not bad apa, elok jer dia masuk team baru, performance dia melonjak2 naik macam dulu semula. sugu pun sama..teringat kata2 abg nuar, 'aku tak pernah iktiraf dia sbg TL'...pergghhh, power siut..


kisah 2 (13 hb september)

hari berlalu.. hari ni mula terasa bahangnya. hmmm kes pemulauan bermula. nak tak nak aku buat bodo jer dgn sikap manusia yang ntah apa nih. perit? insyaAllah, aku kena sabar.
tadi sepatutnya ada briefing, tak diberitahunya aku, tp kalau kabo sure aku tak gi. antara isu utamanya, apa lagii, kutuk aku ler...hmmmm
sadddis tul dengan perangai manusia nih

Pencetus....


Salam Penuh barakah buat blog aku yang cukup penyabar macam tuannya jugak.. ((sekali sekala perasan). Countdown sudah sampai penghujung. kehadirannya sudah pasti. tahniah dan syukur kerana kita masih dikurniakan nikmat islam iman dan ihsan, masih lagi kekal dijalanNYA, untuk sama sama meng imarahkn kedatangan yang ditunggu saban bulan hari saat dan ketika..

salam penuh kesyukuran.....eid mubarak

Wednesday, August 27, 2008

Lafaz Yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Tuesday, August 26, 2008

salam perpaduan teras kejayaan 'o8

MERDEKA MERDEKA MERDEKA
Laungan yang sama
tetapi kala waktu berbeza
Untuk sekian lama
hampir 51 tahun kiraannya

...Let no one think we have reached the end of the road :
independence is indeed a milestone, but it is only the threshold
to high endeavour - the creation of a new and sovereign State...

perjuangan belum tamat
bahkan baru bermula
kebebasan belum dinikmati
bayang pun belum pasti muncul

di mana sebenarnya kita?
siapa sebenarnya kita?
apa sumbangan kita?
kenapa kita?

gah di sana sini
lupa alpa jgn sekali...

salam perpaduan teras kejayaan

Tuesday, August 12, 2008

MAHA 'o8




Selamat ....

Cuba explore gambar ni diambil pada sudut mana....









Wednesday, July 23, 2008

Delete

Dengan jayanya blog friendster dah delete sepenuhnya. any personal updates, will be uploads here or at my 2nd page

tapi memang kurang sket for any personal, opinion... w'pun dah ada kemudahan sendiri, tp life aku lebihkn pada kerja. bukan nak cari harta semata2, tp mcm ma kata gak, bila otak kerja, masalh lain aku kurang sket bagi tumpuan, balance laa tu, tapi seksa diri gak

Tuesday, July 15, 2008

Thursday, June 26, 2008

si diA

260608, 1.50 pg tengah malam

dia masuk rumah seperti biasa sekitar 9 mlm td, tapi kali ni hanya setakat vistro 1000 ku sahaja, tidak dimasukinya bilik kegemarannya (bilik belakang).mungkin sebab kedudukan kami agak menghalang laluannya, lalu dia keluar , aku tengok dia macam biasa saja.
kurang satu jam lepas, tengah mengadap pc game, mesej bisness ngan roziah, bercerita pasal min,, persis bunyi yang agak familiar kat luar.seperti yg dijangka, sekumpulan anjing liar memang dah berlegar didepan rumah, masih belum putus asa nak baham si dia
dulu dah pernah sekali, tapi kali ni aku betul2 trkilan, tak dapat nak buat apa2. kumpulan pemangsa tu dah tarik2 badannyamcm kain buruk depan aku. cuba gak beranikan diri nk kluar, elok jer bawa kayu ke padang, diorang dah salak aku, kecut perut gak, lari balik..huwaaaaaa, diorang dah lapah dia depan mata aku.. saddisss.
jiran depan umah, dengar bunyi bisisng, dia pun cuba halau kumpulan pemangsa, tapi dah tak dapat nk selamatknbergenang kolam aku. tengok bekalan maknannya, dah tinggal suku, ku niat td, dh gaji nih , nk kena tambah beli, stok simpanan dah nak abis.nampaknya dah tak perlu.....
dah tak da lagi pak we aku
dia masuk rumah kali terakhir tadi rupa2nya nak ucap selamat tinggal
dalam seminggu dua ni, aku kerap peluk dia ,1st time last 2 weeks, dia betul2 jinak sebaik saja aku cekup dia.dukung dia macam kucing masa mek datang. bila dilepaskan, langsung tak lari pulak tu. jinak yg amat. kalau tak, nk sentuh hidung dia bukan main susah..dan dpd hari tu, acap kali aku dukung dia . buat mcm kucing.
namun semua tu tinggal kenangan. maaf, tak dapat nak selamatkn dia, luar kuasa aku, aku tak mampu, hayatnya setakat itu, tp mungkin matinya ada juga kebaikan, mengisi lapar kumpulan si pemangsa tersebut.
tapi sedisss wooo
org tua pernah pesan, kalau amik gambo binatang peliharaan, umurnya tak panjang??kepercayaan org lama. tak elok percaya, dah jadik syirik lak nntit benda yg jadi skrg ni mungkin kebetulan sahaja.syok2 amik gambo kereta, aku amik gambo dia sama..
itu hayat si dia, juga hambaNYA. bagaimana pula dengan aku???
huwaaaaa, sedisssssss

Friday, June 20, 2008

scHeduLe foR jUne

bila agaknya aku akan bertukar jadual kerja, tak perlu lagi ikut kerja cam ni?????


Wednesday, June 11, 2008

Panduan Kepada Pengguna Jalan Raya - Ketahui Hak Anda Jika Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Anda sedang berjalan dan memandu. Tiba-tiba anda ditahan polis. Apa yang anda perlu lakukan?
Anda hanya perlu nama, nombor kad pengenalan dan alamat. Pastikan anda sentiasa membawa kad pengenalan anda.
Selain dari itu, anda tidak perlu menjawab sebarang soalan yang lain.
Anda berhak meminta kad kuasa polis. Jangan lupa catat nama dan nombor pengenalan mereka.
Catat juga nombor kereta peronda polis tersebut.
Jika seseorang berpakaian biasa yang menyatakan dirinya polis menahan anda, anda berhak:
Meminta mereka menunjukkan kad kuasa mereka. Polis dikehendaki memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas. Catat nama dan nombor pengenalan mereka.
Jika ditahan soalan-soalan lain:
§ Tanya polis tersebut “adakah saya ditangkap” anda berhak mengetahui samada anda ditangkap
§ Jika polis menjawab “Ya” jangan menjawab sebarang soalan lagi. Anda berhak menjawab soalan-soalan di mahkamah.
§ Jika polis menjawab “tidak”, anda bebas untuk beredar dari tempat itu.
Bolehkah polis memeriksa anda tanpa sebab?
o Tidak sama sekali!!! Polis HANYA boleh memeriksa anda jika anda ditangkap
o Jika ditangkap, wanita hanya boleh diperiksa oleh pegawai wanita sahaja, dan lelaki hanya boleh diperiksa oleh pegawai lelaki sahaja dan perlu dilakukan dengan sopan. Ini hak anda seperti yang termaktub dalam prosedur janayah.
Anda dianggap ditangkap sekiranya:
Polis memberitahu anda “ anda ditangkap “ atau
Anda digari atau
Anda dilarang bergerak dari tempat tersebut. Polis mesti memberitahu anda ditangkap. Ini adalah hak perlembagaan anda.
Sekiranya anda DITANGKAP:
Pastikan ada orang yang tahu anda telah ditangkap. Jika anda membawa telefon bimbit, hubungi rakan, keluarga atau peguam anda.
Kenal pasti tempat dan masa anada ditahan. Kemungkinan besar anda akan dibawa ke balai polis yang terdekat. Minta rakan, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis yang berhampiran dengan tempat anda ditahan
Apabila berada di lokap
Apabila anda dimasukkan ke dalam lokap, barang – barang yang anda bawa akan diambil dan disenaraikan oleh pihak polis. Periksa senarai tersebut; pastikan jumlah wang dan butir-butir kad kredit dan bank ditulis dengan betul. Pastikan anda tandatangani senarai tersebut. Polis hanya boleh menahan anda dalam lokap selama 24 jam sahaja tidak kira samada pada cuti umum atau hujung minggu. Sebelum tempoh 24 jam itu tamat, polis mesti membawa anda berjumpa majistret.
Apabila dihadapkan ke MAHKAMAH
Beritahu majistret jika anda ada apa-apa aduan contonhya anda dipukul , dipaksa membuat pengakuan, diugut, ditangkap tanpa diberitahu kesalahan anda, perlu berjumpa doktor dan sebagainya.
Majistret hanya boleh mengenakan tahanan reman dalam lokap tidak lebih dari 14 hari.
Peguam wajib ada bersama anda. Jika tiada peguam maklumkan kepada Majistret mendapatkan perkhidmatan peguam. Pusat bantuan guaman ada menyediakan khidmat guaman.
Jika anda memerlukan bantuan huibungi:
Pusat bantuan guaman KL: 03-26913005/26932072
Pusat bantuan guaman Selangor: 03-33722792
Biro bantuan guaman wilayah persekutuan:03-26942700
Biro bantuan guaman selangor:03-55194367/55106192
SUARAM :03-77843525
HAKAM:03-26938828
Sisters In Islam:03-79606121/79606122/79604485
Pembayaran Saman Kepada Pihak JPJ
Saman yang dikeluarkan oleh JPJ ternahagi Dua (2) iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
Aman boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.
Saman JPJ boleh dibayar ditempat berikut:
Dimana-mana pejabat JPJ Negeri , cawangan dan pejabat kecil JPJ
Melalui Perkhidmatan e-Services.
Cara-cara pembayaran saman:
Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar mana-mana pejabat JPJ
Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran.
Bagi saman yang ada notis PG1, laporan PG2 hendaklah disertakan bersama (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
Bayaran boleh dibuat secara tunai.
Bayaran juga boleh dibuat melalui Wang / Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
Pembayaran saman melalui perkhidmatan e-Services bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG1 sahaja bayaran oleh dibuat melalui laman web berikut:
o www.eservices.com.my
o www.rilek.com.my
o www.myeg.com.my
Rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun hendaklah dibuat kepada pejabat JPJ yang mengeluarkan saman. Rayuan perlu dikemukakan sendiri oleh orang yang dikenakan saman pada hari yang ditetapkan sebagai hari rayuan oleh JPJ negeri berkenaan dalam tempoh pembayaran kompaun. Pengurangan kadar kompaun hanya boleh ditentukan oleh pengarah JPJ sahaja. Dokumen –dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Surat rayuan
Salinan saman JPJ P22
Article contributed by AAM

Saturday, June 07, 2008

uNtitLeoFtEnsion

Ketegangan minda semakin menekan. Kehangatan kolam yang semakin sarat melimpah-ruah melepasi batasan yang ada. Kewujudan blog yang ada hanya sekadar melepas dendam yang yang terbuku tetapi tanpa disusuli jalan penyelesaian. Jika mati (aka mati akal) sekalipun belum tentu terurai segala kekusutan, tetapi menambah beban yang perlu dipikul.

Daripada hal keluarga-> konflik diri-> kerja -> persekitaran....

Tidak akan pernah berhenti memburu insan yang lemah ini.Penyelesaian yang terbuku diminda, hanya mampu dipendam dalam hati yang makin lama makin sarat pinta dibedah.

Friday, May 23, 2008

Renungan#1

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa"
"Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan"
"Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku"
"Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada"
"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan"
"Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak"
"Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa".

Wednesday, May 21, 2008

Senyum Seindah suria


DEMAM EURO 08

Demam bola bakal menular sekali lagi. Dan sudah pasti semua CSO Astro akan bertambah gila. Masalah smartcard baru pun tak selesai2 lagi, sudah pasti lagi teruk dek gangguan tak dapat nak tengok bola nnti


Monday, April 21, 2008

REST FOR A WHILE

********************************

STILL UNDER CONSTRUCTION

********************************