Thursday, September 01, 2005

dialog hAmpehss

Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Mu : Aku tidak percaya kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku .

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan gadis lurus hatiku ini , kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan .

Aku : Tapi , cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi , aku mengamalkan Hukum Newton Ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah `random` yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak .

Aku : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan .

Mu : Tetapi , mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu .

Mu : Adakah kita akan bersepadu secara kimia?

Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Aku : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazi.
Mu : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

Mu : Tapi imanku adalah infiniti!

Aku : Aku tidak fakir imanmu infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x1023.

Mu : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku : Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolisis.

Mu : Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangka kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian………

No comments: