Monday, April 24, 2006

pesanan untuk aku

"Amatlah rugi orang yang jahil itu,kecuali mereka yang berilmu.Amatlah rugi mereka yang berilmu itu,kecuali mereka yang beramal dengan ilmu.Amatlah rugi orang yang beramal itu,kecuali mereka yang ikhlas dalam amalannya."-Imam Al-Ghazali.

Syd. Abu Bakar r.a. Berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Friday, April 14, 2006

nukil nan biasa

“cintakan manusia tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal
Cintakan manusia sering membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa.
Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri”

“Aku sambaq kata-kata ni dari artikel yang kak ita print dari ukhwah dot com”

Kala hati merintih
Mohon hala tuju
Sandar nikmat sementara
KAU utus nur abadi
Buat insan alpa
Kekal kembali
Ke landasan taqwa


-1402-12 april ’06-

sergam teguh di belakang TOSHIBA Electronic,
sepoi bahasa angin pantai
redup nan sebatang pohon pain keseorangan
sambil pekena ayaq nyoq muda
2.50, mahai weh…
baik beli kat van pakcik kat tepi selekoh IQ Group tu, duo ya jah>




Tuesday, April 11, 2006

Salam MauliduRRasuL

Muhammad Rasulullah
Engkau pengutus kebenaran
Muhammad Habiballah
Engakaulah KekasihNYa
Engkaulah wasilah penyatu ummah
Penyuluh jalan
Menyeberangi lautan keimanan
Hadirmu disambut gemilang
Kelam malam terang benderang
Sujud sekalian makhluk alam
Tiada membantah akur mengharap
Biar pedih menahan luka
Biar perit ditusuk derita
Rela kau pasrah utuh iman di dada
Pasrah taqwa buat ummat tercinta
Munculmu ceria tinggalmu penuh syahdu
Akur makhluk
Tiada yang abadi kecuali Pencipta
Hadirmu membawa harapan
Pergimu membina ketaqwaan
Di kala alur masa menagih cahaya
Kau tinggalkan SUNNAHmu sebagai pelita
Kau warisi KITABULLAH sebagai kuasa
Berdikari ummat belaimu tiada
Sekian berlalu kau kembali
Namun setia memerhati
Gusar ajaran kian dicemari
Alpa manusia lalai di hati
Walau engkau tiada di mata
Kasihmu terbelai maya
Selagi taqwa pada Rabbul ‘Izzati
Biar sangkakala membelah hari
Bersaksi kami
Hanya ALLAH MAha Kuasa
Muhammad Rasulullah SAW pengutusNYA terakhir….


1918 10 april ‘06
12 R’awal 1427H
“Ya ALLAH! Kurniakanlah kepada kami kemampuan mengikut jejak langkah NAbi Muhammad SAW, sama ada permulaan, penghabisan, lahir, batin, perkataan, perbuatan, ibadah dan amal yang soleh, amiin”


“SIDDIQmu baluti luka kekufuran,
AMANAHmu payungi lembah kehinaan,
FATHANAHmu suburi hati yang layu,
TABLIGHmu terangi insane di kala kegelapan,
YA MUHAMMAD SAW”

“Tak Ku utus Rasul melainkan rahmat ke seluruh alam…..”


Salam MauliduRRasuL

nukil lagi dan lagi

Sinar keimanan
Cahaya ketaqwaan
Alur kehidupan
Mudik kehadapan
Jelma sang fajar di ufuk timur
Ceria mentari memancar subur
Damai abadi pada Yang Esa
Ku masih di sini meneraju masa
Harapan mekar
Layu keinsafan
Tiada yang tegar
Tanpa kesabaran
Pasrah berserah hati menyerah
Merancang nan ela tiap lakaran
Tawakkal menjelma mohon bertapak
Tiada yang kekal tanpa usaha
Selagi hidup bergelar khalifah
Undur ke belakang srikandi mengalah
Pasak iman taqwa Pencipta
Kita insan nakhoda risalahNYA


Huhuuhuh…ntahapakobenda10 april ’06 - 1010

Sunday, April 09, 2006

nukilan lagi

kala dinihari
sunyi menyepi
suram mentari
beransurlah hari

kanak kanak berkejaran
membelah jajaran
menuju haluan
diam kedamaian

lantas dewasa
menggapai tirai ceria
mohon dilabuh usia
bersama alur masa

namun jangan kita lupa
jangan kita alpa
kalut mengejar citra
SMAYE NGORIB WEHH!!!
jangan buat buat leka

peringatan buat diri sendiri
dikala isya' berkumandang mohon disegerakan
2045 9 april '06 - 10 R'awal

Monday, April 03, 2006

Kisah Dugaan:Nak Kaya...

kopi bulletin kamil lagii
sorry laa kamil, tengah buhsannn.....

Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran Mamat) kepadawartawan KLM.Sewaktu si mamat dalamperjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KLdaripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL"Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh simamat tadi "Ehm... bolehlah."Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orangtua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagiaku nombor kot. Atau nak menguji aku?"Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.Kalau kaya nanti lupa diri pulak"Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalahpakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,"Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo'suntuk anak sebagai tanda terimakasih kerana tumpangkan pakcik.Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik"lalu meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali. Itulah ceritanya....

Apabila Monyet bersidang

kopi dari buletin Kamil

Seekor monyet tua sedang duduk bersendirian dikaki gunung dan padasuatu ketika ia dikunjungi tetamu...

MONYET 1:
"Pak Tua, ajarilah kami adab dan pegangan masyarakat monyet agar kami boleh mempertahankan kepada beberapa generasi akan datang.

MONYET 2:
"Balak sudah ditebang, hutan pun semakin lapang,kami bimbang tempat bergayut semakin kurang."

MONYET 3:
"Khabarnya binatang lain banyak yang sudah melanggar adat. RUSA dan KANCIL dah banyak berkeliaran di jalan raya,harimau pulak sudah ada bank sendiri, ayam sudah ada restoran, gajah sudah ada tabung, orang utan sudah jadi Maskot Sukan Komanwel."

MONYET 4:
"Banyak juga binatang yang sudah tidak kenal dirinya. Arnab sudah jadi maskot majalah porno, pil kuda tersebar di sana sini, ibu ayam, bapak ayam sibuk mengutip duit, kupu-kupu malam bersepah-sepah dilorong-lorong gelap, kalkatu sudah banyak yang tertipu dengan cahaya aneka warna di luar sana. "

Monyet tua itu menarik nafas panjang.
"Anakku, sekarang sudah akhir zaman. Jika aku nyatakan kebenaran aku pasti akan dibunuh orang. Ketahuilah... setiap inci bumi akan dirosakkan...kerana manusia telah berubah menjadi monyet, " kata monyet tua itu sebelum mati secara tiba-tiba dihempap kuari.....

Fikir-fikirkanlah... ;)

model esd


Figure 1: Typical Human Body Model Circuit

<-----figure 2:="" br="" circuit="" machine="" model="" typical="">







Figure 3: Typical Charged Device Model Test ---->











dah tak torahh doh aku nihh --->http://www.esda.org/basics/part5.cfm

Saturday, April 01, 2006

.......

4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah... . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

-dari virtualfriends-

.........

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya. 2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya. 5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya. Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya. Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Thursday, March 30, 2006

nukilan 30 mac 06

ku cuba gapai
namun terlalu jauh
jauh nun di penghujung denai
denai yang samar
samar dek sinaran rembulan 10 muharram
adakah itu penghujungku?
adakah itu suratan ku?
ku pohon petunjukNYA
namun segalanya kabur.....
ku cuba capai
tetapi tangan ku tak upaya
keupayaan yang terbatas
batasan insan bergelar hambaNYA
Capai intan di tengah timbunan kaca
namun
jari jemariku terlalu nipis
senipis kulit bawang
terlalu mudah terluka
lantaran buatku takut
takut terluka dek kaca yang menanti
menanti untuk meracun hati
Engkau Maha Mengetahui
ku cuba usir gusar di hati
ku cuba didik resah naluri
agar seketul darah bergelar hati
tidak mati meniti sepi
Engkau Maha Berkuasa
bila ku cuba jarakkan hiba
namun duka hiba bersulam ria
aku khuatir
khuatir sejarah bakal berulang
di titik yang sama,
di garisan permulaan yang sama
dan dengan kesudahan yang sama
tabahkan hati ku ya ALLAH
damaikan hatiku ya ALLAH
sesungguhnya aku insan yang alpa
-nukilan hampess 30 mac, 10.07 am-

Seminar Undang2 keluarga Islam

SIS- stand for sister in islam. Sebenaqnya, bab bab NGO spesis ni, aku tak arif sangat. Cuma aku hanya tahu grup ni memang ada s’thing wrong somewhere. Sekadar dengar pendapat2 segelintir sahabat sahaja, n dengar kat media2 pasal perjuangan diorang. Cuma aku tak amik kisah sangat pasal SIS ni sebab aku tak tahu hujung pangkalnya. Kalau setakat dengar pendapat rambang, tanpa ada rujukan khusus yang aku sendiri buat penyelidikan on what they r talking about, aku takkan amik serius sangat on talking about them.. tapi hari ni, aku berpeluang bersama2 dalam majlis yang mana anggota SIS terlibat secara langsung sebagai ahli panel.

Seminar Undang2 Keluarga Islam..dewan budaya USM. Terima kasih kat umm syuhada n BM atas info yang diberikan.. bertuah aku dapat kenal sahabt 2 orang ni, rajin bebenor inform kat aku aktiviti/majlis ilmiah sekitar usm,gelugor nih.. tak tahu laa kalau awal2 ni jer rajin..lepas2 ni masing2 terus sunyi pun tak tahu laa. Tapi at least, pengenalan awal yg diorang informkan kat aku tu, berguna untuk aku kenal tapak sekitar, so lepas ni bleh laa aku cari inisiatif sendiri nak aktifkan pengisian rohani aku..

Asalnya umm syuhada kata mula kul 8, risau gak aku, kul 8 ida lum siap lagi..tapi bila fikirkan balik, buat apa kalut2, kata jer kul 8, tapi ntah kul berapa baru nk mula.. memang betui pun, kami sampai kat dewan area kul 8.30 pg, dewan pun tak penuh lagi, rupanya, baru mula daftar….haru tul, punctuality among intellects, bukan stakat kat usm jer, upm pun ada gak. Nasib baik aku tak paksa sangat ida, so sempat la dia sarap dulu, tak rugi lengah2 sikit tadi..lagi pula bila dengar tajuk tu pun, aku 'kureng' sket…cam tak berkaitan ngan aku jer untuk masa terdekat ni,(tapi sampai bila aku nak fikir gitu) , so aku pasang niat, kalau boring sangat, aku nk cabut awal. Bila dah masuk dewan, satu yg tak bleh elak, tambah lak bila dh kaitan tajuk tu, kebanyakan audien yg direkrut adalah di kalangan ‘org yg dh berumur’/ dh berkeluarga, so bila aku ngan ida join, terasa kejanggalannya, tambah lak pada aku ler..untuk ida, memang patut pun dia dengar seminar bertajuk gitu, sebab turn dia dah coming soon sesangat..heheehhe…

Panel seminar 2 dari SIS(zainah n nik noraini), sorang peguam, sorang dari jab peguam Negara n sorang tu lak as a ‘testimoni’ kes… flow awal, memang boring.. aku ingatkan nk cabut awal, tapi bila turn soklan dibuka, encik Azmi dari TERAS(ntah, aku pun tak tahu apa) pelopori majlis.. soklan dia memang mantap dan aku dapat perhatikan wakil2 SIS terkial2 nak jawab.. n lastly diorang jawab ntah apa2 ntah, cam tak menjawab soklan..yg pasti kehendak en azmi supaya sis nik tafsir ayat qur’an tu dia langsung tak jawab, dan kata2 yg dia keluarkan tu…..ya ALLAH, bak kata ida,risau jika saudara seislam yg berfahaman sebegini, dgn pernyataan diorang tu dah boleh buat diorang terpesong..sebab diorang kekadang melibatkan bantahan terhadap sunnah+hadis+jumhur ulama’.. macammana laa diorang bleh terfikir sampai cenggitu sekali.. aku quote balik kata2 ida, kebanyakan orang yg bleh terlibat ngan sis ni, kebanyakannya yang ‘bermasalah’…
huhuhu, kalau depa tak bermasalah, depa takkan tergamak buat benda yang tak sepatutnya tu.. kot ya pun nak pertikai benda yang tak puas hati tu, kenapa mesti pertikai pendapat ulama’.. sunnah n hadis yg tersedia untuk kita guna pakai dah lengkap, yang jadik masalhnya bukan pada semua tu tapi pada ketelusan PERLAKSANAAN.
hmmmm, ntah apa2, but, suatu pengalaman baru dengan pendedahan suasana baru ni. 2nd soklan dari sorang lectrr fizik usm..aku tak dengar namanya apa, tapi…. Pedas gak ler buat pn zaidah(testimonial person). Dan sekalik lagi sis Nik kena lagi…..huhuhuu... panel sis sorang ni tak mantap untuk pertahankan NGO dia, n langsung berterabur bila dia nak pertahankan hujah dia..aku tahu dia ada point, Cuma cara komunikasi dia, itu yg bermasalh…dan sehinggakan ntah apa2 dia jawab soklan yg diberi..

Disebabkan majlis tu dihadiri TOH Puan PP(aku pun tak kenai sebenaqnya), so awal2 lagi mc pesan supaya majlis dpt berjalan dgn penuh kesantunan.. huhuhu….lenkali kalau isu yg melibatkan SIS ni, kena buat majlis yg kedua2 belah pihak puas hati…terbantut hujah masing2.. hope ada peluang lagi hadiri majlis cenggitu, baru terangsang neuron aku nk berfikir n buat tafsiran.

1 yg buat aku sedikit tertafsir pasal diorang nii.. 1st impression… tentang penampilan diorang..dengan tak pakai tudung, penyokong2 diorang kat belakang pun, ntah apa2 dressingnya, kalau dah gaya orang tua tu, buat laa gaya yang sepatutnya….. ish...takut aku dibuat ngan sikap diorang ni.. yang pasti, ntah pandangan non-muslim pasal Islam n risau pada mu’allaf, takut2 diorang bleh terikut ngan trend yg dibawa SIS ni.
Aarrrggggghhhhhhh…..rusak rusak…..

Sunday, March 19, 2006

taugeh

hehehehh...........mesti ramai suka makan taugeh.......nak pulak campur dlm char kuey teow.......hmmm rangup............tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la..........beli sket, jgn makan dulu.........sebaliknya simpan dulu utk 3hari..........pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari ...........dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu............keputusan yg mungkin boleh didapati..........lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam........bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing...........dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.............
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang jer, kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja........nih info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha yanun alip............siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencingutk disiram pada pokok2 taugeh tu............
dan kenapa taugeh jadik mangsa?.........sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya........tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ketanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesisberjalan utk penyerapan zat2 dari baja..............tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis..............tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham..............so bagitaula kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.............

forward emel dari sahabat aku..setakat mana sahihnya fakta ni, wallahu'alam...kalau ada yang tahu, sila laa komen

Tuesday, February 21, 2006

can u rEad tHis wOrdS??

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteterby istlef,but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuuhot slpeling was ipmorantt !

Monday, February 13, 2006

dalam pertimbangan

masih dalam pertimbangan sama ada nak diteruskan page ni ataupun tidak. dalam perkiraan aku, aku lebih selesa kekalkan port merapu(my second page), daripada teruskan page depan ni. bukannya apa, tak teruja la nak mengarang secara formal, tambahan pula, tak ada rujukan formal++sahih, itu sebabnya aku lebih senang 'paste' artikel dari yahoogroup atau dari sumber lain kat sini.

anyway, tengok la dulu lagi sebulan dua, kalau keadaan memaksa, aku akan pidahkan port-merapu ke page ni. blog kat friendster pun sekadar sampingan di kala blogspot bermasalah untuk dibuka.

Wednesday, January 18, 2006

just .....

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,
kenalah kita ambil tahu sikit.
Bunga akan berkembang segar jika disirami air,
dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-! macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga
(ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata...
...
.. "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"
sekadar isi ruang yang ada, take it from yahoogroup!

Saturday, November 26, 2005

relaxxx

Ali bengang gile bile dia dapati cucur udg yg dibeli x de sekor udg pun kt dlmnye.. lalu dia pun pi balik ke gerai makcik jual kuih tu. Dgn panas hati tanye kat makcik yg jual tu..."makcik apsal cucur udg ni sekor udang pun x de?!" makcik yg jual tu pn dgn selambernye menjawab "abih tu yg ko beli cucur badak ada x badak kt dlmnya?!Camne plak dgn cucur kodok,ade x kodok yg melompat kt ko?! Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jwpan yg diberi makcik tadi....

Moral:kena byk bersabar!

Wednesday, November 23, 2005

kopi susu dr yahugrup

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda didalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka. ...

buat renungan dari sahabat kepada sahabat

Tuesday, November 22, 2005

10 wasiat dari imam al-syahid hassan al-banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH... part beramal tu dugaan paling besar yg perlu dilepasi....

Sunday, November 13, 2005

KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada’. Hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku dikelubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah s.a.w., ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad s.a.w., Muhammad s.a.w. telah mati. Sesiapa yang menyembah A1lah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:




“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian.,kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan, (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Ali Imran: 144)


Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: “Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasululiah s.a.w telah mati.”


Pengajaran


Terdapat dua pengajaran yang cukup mendalam di sini:

Pertama: Para sahabat terkejut dengan kematian Rasulullah s.a.w. hingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kepada Baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada setiap kehidupan. Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.. Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Kehebatan kejutan kerana kehilangan kekasih adalah mengikut kadar kecintaan tersebut. Kita lihat orang yang kehilangan anak atau bapa, masih tidak mempercayai dia telah kehilangannya berhari-hari lamanya. Apakah cinta di dunia ini yang mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini kepada Rasulullah s.a.w.? Allah telah memberi petunjuk kepada mereka melalui Baginda. Baginda juga telah menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran, mengubah kehidupan mereka, membuka pemikiran dan pandangan mereka, serta mengangkat mereka ke tahap tokoh pemimpin yang agung. Selanjutnya lagi, Bagindajuga berperanan sebagai pendidik, hakim dan pemberi panduan kepada mereka. Mereka merujuk kepadanya ketika malapetaka, meminta panduan ketika berhadapan dengan peristiwa-peristiwa dan mengambil firman Allah untuk mereka melalui Baginda. Mereka juga mengambil hadis-hadis dan pengajaran Baginda untuk mereka. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, semua ini telah terputus. Kejutan apakah lagi yang lebih hebat dan dahsyat daripada kejutan ini?

Kedua: Pendirian Abu Bakar menunjukkan beliau seorang yang memiliki jiwa yang teguh dan bersemangat waja ketika berhadapan dengan malapetaka. Kriteria ini tidak dimiliki oleh sahabat lain. Ini menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah s.a.w.. sifat ini juga terbukti ketika beliau menangani gerakan murtad di semenanjung tanah Arab.