Friday, March 29, 2013

Santai

Assalamu'alaikum..

entah ke mana hilangnya ya.. mengeluh pun tak guna, tak elok pun mengeluh, so, better just folllow the flow.
Sikit sikit lama lama jadi bukit, insyaAllah. Tiap kali ngadap internet sejak dua menjak ni banyak masa dihabiskan tenngok streaming online movie atau telemovie ja. dari satu ke satu cerita khatam.. memang buang masa, asalkan otak tak stress, kerja pun happy.

janji nk update cerita lama2, nampak gaya jadik basi la album aku tu. Basi pun basi la, ada sapa yang peduli, ye dak? hehehehe

Sekali log in, susun sket2 ja template blog ni. Sambil tu update status sempoi simple..


Wassalam


p/s: Syafiah dah boleh berjalan, siap boleh U-turn lagi, pada umur genap 1 tahun 1 hari. alhamdulillah. kalau sebelum ni dibiarkn ajar dia tatih kerap sket, mungkin lg cepat, tp tak nyempat nk kepong, di sekat melompat atas buaian ngan walker ja. Muaz dulu 1thn 1 bulan jugak la nk berani lepas tangan, tp bdn ngn kaki dh ringan melangkah.. teori budak pmpuan cepat jln dr lelaki ada betul jugak la kot

Thursday, February 28, 2013

Alhamdulillah..done

alhamdulillah, selesai sudah salah satu tuntutan agama untuk anak perempuan aku. setelah tertangguh sekian lama. dah masuk 10 bulan, baru nk buat. ma kata, org kedah mmg tunggu lambat2 sket, tp kalau kelantan, dlm tempoh pantang dah boleh buat. nk tunggu besar khuatir terlalu aktif hingga sukar nk dibuat. 1st time aku tengok dengan mata kepala sendiri. sblm ni kalau sebut bab sunat untuk org perempuan ni, tetiba sendiri jadi ngilu. so, lepas ni tinggal muaz je la ..

terajin sangat la pula kali ni, posting 3 skali artikel walau entah apa2..

sedikit petikan dari blog sahabat2 yg mengetengahkn isu ini. sblm ni aku tak pernah mendalami benda2 mcm ni. ingtkn baby ja kena buat, rupa2nya saudara baru perempuan pun diwajibkn juga jika tak memudharatkn muslimah tersebut.


Soalan:
Assalamualaikum ustaz,
Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja..Al-maklum sekarang musim cuti sekolah, ramai anak-anak kita digalakkan berkhatan terutama anak lelaki…
Wassalam


Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
  1. Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
  2. Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
  3. Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki..” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
” Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma’ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin

.:Penang Bridge lagii:.

Alkisah masalah yang berlaku di atas jambatan pulau pinang, sedikit sebanyak mengganggu 'fobia masuk kerja lambat' aku. hahaha, ada pulak gitu jadiknya .

postage kali ni tanpa gambar..

setelah hampir seminggu lebih cuti+++office hour, syif pertama dah mencabar diri, bukan disebabkn masalah kerja, tetapi lebih kepada urusan peribadi. disebabkan sepanjang hari kat office agak tegang (26.2.13), sbb menanti kehadiran staff ict dr hq, dgn masalah internet n network kat office, aku tak sempat update current issue yg berlaku kat luar. 1st thing, kavi masuk lmbt, org2 hq pun sampai lambat, liza update info, aku lampi lagi. at last, sblm nk balik ma phone, dah masuk berita, ada rekahan atas penang bridge.. hopefully takda apa2 laa. dsbbkn info tak lengkap laluan mana yg teribat, maka aku lengahkn masa dgn singgah di giant bayan baru terlebih dahulu sblm balik rumah.. elok ja lalu bridge, line clear cheqq. tp laluan masuk island , mmg teramat kesian, smpai ke prai kereta beratur, dr 3 lane jadi 1 lane, dgn driver wat lembap konon nk tgk apa jadi. agaknya dlm ramai2 camtu, sure ramai yg terkejar2 nak ambil flight, apa jadi dgn dirng ya bila stuck dlm jammed mcm tu? tiket bukan seringgit dua..

maka update cctv pba kembali ke minda, rupa2nya dh lama beroperasi semula, since last year, dihentikan sementara, bila mula balik tak tau la, here's da link, penang bridge camera real time. lebih baik dari dulu, lebih mesra pengguna. thanks a lot dgn kemudahan yg ada. lebih baik dari tak ada sebarang rujukan kan? kalau dulu setiap kali nk refresh kena enter code, skrg dah tak perlu.

masuk syif mlm 27.02.13, tak senang duduk juga dibuatnya, acap kali jenguk khabar pasal bridge kat fb diorang, tgk cctv. asalnya kalau teruk lg nk jer rempit motor. tp last minit, kereta jugak, cuaca tak mgizinkan. dgn letih tak tido langsung, kabur mata mengantuk gila bila drive. hasil rujukn tak seberapa, trafik masih lagi tak berapa lancar, maka dgn itu, 4 lebih dh keluar rumah, spare masa nk isi minyak lg, dgn tak mandi ptg pun, spare mandi kat opis jer la (air kat rumah kebun tak da lagi). separuh jln dengar update trafik kat era, kerja2 baikpulih selesai..dugaannnn. 5.15 smpai byn baru, aku dh buntu.. lastly pergi giant byn baru lagi, beli mkn, naik tgkt atas intai buku cerita.. hmmmmmm, apo nk d kato lagi ehhh

letihnya, rest day plak diorng buat meeting ngn jamuan, nk skipped, last meeting pun aku tak hadir jugak, nk tak nk, kena tunggu jugak la nih.. lepas subuh nnti nk gedebum sejam dua jadik laa.

..::..::..::..::..

still alive, but still
can't avoid
still looking for reason

setelah sekian lama jaringan internet kat pc pegawai ni lingkup, akhirnya kembali bernyawa..
bukan tak nak guna bb, limited usage, kang kalau buka lama2 abih pulakkk
bukan tak nak guna ipad, almaklum je la, bila dah mengadap sket ja, hero heroin kat rumah akan meragaih la nk ikut sama.. the only way n chance, office.. sorry, i'm not menyalah guna keperluan, as long as my daily routines done, should be no problem.. 12 hours, if so strict, takkn la nk refresh sket pun ta bulehhh...

haha ha, pandai sangat la buat alasan lagi

dah berkulat gambar2 seminar dlm simpanan, menunggu untuk dipublish, tak kesampaian lagi. keutamaan lebih kpd paper research tahun lepas yg tak siap2 lagi. mmg lembap betul laa aku nih.. alasan lagiiii


chowww, untill next post

Sunday, December 16, 2012

.:: New Baby ::.

(maaf, masih menggunakan bahasa melayu yang tidak sempurna tatabahasanya)

alhamdulillah, syukur atas nikmatnya.. rezeki anak kedua agaknya. akhirnya keluarga ku berpeluang miliki sedan import.

(bukan gambar sebenar)
Nissan almera manual 1.5, bronze gold .


ambil yg paling simple ja. belum mampu lg nk ambil auto, walaupun beza harga tak byk sgt, tp cukup la dgn yg ni. Savvy apa cerr? asalnya nk trade in, tp jodohnya panjang lagi stakat ni dgn aku.. direhatkn sekejap seminggu dua ni, nak kumpul fulus gi servis, byk benda nk kena tengokkan tu.

Order almera ujung bulan lepas, setelah ma abah saja2 jalan survey kereta baru. pengaruh iklan juga agaknya, berkenan tengok bonet dia luas puas hati.. almaklum laa, family besar, kerap pulak p mai p mai kelantan, nk terus amik mpv, van dah ada, walau dh agak uzur. Tapi memang tengah survey kereta yg agak sesuai utk aku ulang alik keja andai kata savvy tak ada, dan sesuai juga dijadikn family car, walau tak leh muat 12org sekali gus.. dari hybrid jazz- vios -  akhirnya almera .. last thursday, welcome to new family. dekat 2 minggu jugak la booking. sat ja. ada gak saleman tu criter, kalau auto, kat 2 bulan juga kena tunggu, sbb bila launch hr tu, dh ramai sgt amik. so, nasib gak amik manual, kejap ja.bulanan, setelah byr muka 5k, almost 720 monthly.. afordable if just 1 car.. tp ni 2 nk kena tanggung.. savvy lg 5 thn, almera 9 thn.
Sakit jugak tu.. gaji skrg dh la ciput.. lepas tolak loan sana sini. insyaAllah, ada rezeki kat mana2 tu nnti.. untuk kemudahan org tua aku jugak, merasa diorang ada keta besar sket. duit, pandai la jimat mana2. asal lepas susu anak2 ngn minyak , ok la.

nak buat testimoni pengguna belum boleh lg agaknya. baru ja pakai 3 hari. tp so far, memang ok sgt2 la kalau nk bandingkn sblm ni biasa guna keta cc 600 1.2 1.3 .. yg ni 1.5, mmg byk beza. dr segi maintance, tengok la mcm mana nnti. aksesori dlmn pun biasa2 ja. radio takdak usb ok.. huhuhu. masih lg dlm proses biasakn diri. bila bawa tu terasa mcm tinggi sket dr naik keta biasa, tinggi gak body dia. cuma seat kat dlm terasa sket mcm kecik. bukan kecik apa pun, bila duduk tu, tak terasa lebihan kusyen..heheheheh..mungkin gak aku gemuk sgt dah kot.. tp kira ok la utk org renet 1.55 mcm aku ni, kaki still leh smpai tekan pedal, malahan tak perlu adjust dekat sgt seat ke depan, elok2 ja kaki rileks ke depan. seat penumpang belakang, mcm dlm tv, ada devider tengah2 tu. nmpak sket bonjolnya.. ada yg kata kalau duduk ramai mungkin sandar agak tak selesa. kalau badan besar tu bertiga still ok, pembahagi tgh tu tak la keras smpai boleh sakit belakang, tali pinggang pun ada 3. tp kalau duduk berempat, mungkin terasa sket bila sandar kot.. tp no komen sgt, sbb blm cuba.

anyway, nice model.

Monday, December 10, 2012

revert to draft

nice

revert few article to draft status..

why?

before this cross those lines. but now, put as draft much better.. may be later on delete permanently

1st trial durian crepe



Percubaan pertama buat Durian crepe.. hasilnya tak seberapa. desert yang tengah meletup letup popular sekarang ni. masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki. buat ala kadar.. rasa? alhamdulillah..ok la, tp tak kebabom seperti mana diwar warkan. insyaAllah..lain kali buat lagi.. tp for those on diet, just forget this menu.
resepi telah dicedok dr blog sapa ntah .. ana suzana

crepe kat atas tu atas cadangan adik, ada 2 3 biji letak raspberry, tak rasa pun, tp leceh sket sbb jem tu cair..


anyway, pengalaman buat benda nih..

Sunday, November 18, 2012

Gara-gara Jambatan tutup...

Catatan 18 november..

Khabar acara tahunan sudah diketahui lebih awal. perkhabaran disampaikn senior staff dan juga rakan sejawat yg juga merupakan daily user penang bridge. sebaik sahaja perkhabaran disampaikn, perkara pertama yg perlu dibuat, sudah tentu cek roster.. perrgghhh, terbaekk punya.. betul2 kena day syif. diorang cadangkan tukar jadual, bos menyampuk sokong.. bila dilihat susunan yg ada, mcm tak ada yg sesuai untuk aku runding tukar jadual.. target utama sudah tentu abg lan, tp dh kerap sgt aku mintak tolong ngan dia kacau weekends.. yg lg dua tu, hmmmm.. paham2 je laaa. so redah  je laa. dah terbayang kat kepala otak aku, bakal lambat agaknya aku hr tu, tp nk sejukkan hati, hari ahad tu, should be ok kot..

Dan hasilnya, 4.45 pg as planned, dh ready nk bersiap, si kecik muaz dh mula operasi. lately, cukup cekap baby besar nih trace ummi nk pergi kerja subuh2. walhal aku tak sentuh apa pun,.. itu ini itu ini..last2 almost 5.15 br dapat gerak dr rumah.. terpaksa pecut ikut h'way, masuk b'worth, kalau ikut jln dlm, sure byk berhentinya pulak. rancang asalnya, 5.30 nk terpacak kat tol feri.. tp elok smpai kat dermaga 5.45.. almost 50 meters from trafic light, kereta dah berderet.. tak bergerak.. Ya Allah, feri tak operate lagi ke nih? nyuutt nyut.. risau aku tanda amaran minyak dh naik.. harap2 tak apa2.

6.30.. kereta bergerak tak sampai pun 50 m agaknya dr mula2 aku smpai.. terpaksa laa call office, megkhabarkn kebarangkalian lambat. sambil tu, aku tak pasti, wuduk masih ada atau tidak, just perform subuh's prayer sekadar yg termampu.. ampun kan hambaMu ini Ya Allah, akan ku qadar supaya lebih baik selepas ini, insyaAllaj. 4cast asal, hopefully sebelum pukul 8 leh smpai ofis.. nahhhh ko..

hasilnya, 7.30 pg, masih jauh lg nk smpai ke situ.. enjin sekepa mati sekejap hidup.. nk jimat minyak konon..rileks kan enjin sama. lenguh kaki dibuatnya.. dr 4 line kereta duk beratur, nk smpai ke destinasi, hanya 2 line diperuntukan, so bayangkan laa.. 


8.10 pg, baru smpai kat sini, terpaksa telefon ofis lagi sekali, update posisi.. ya la, dh lambat sgt aku nih..
nasib agak baik..ada space lg depan grand livina kelabu tu, dpt masuk parking..tp menunggu kat sini pun dh lebih setengah jam jugak la.. dpt naik feri almost 15 sblm kul 9pg.. tak sempat nk ambil gambar pun.. tak da mood.. penat wehh.. dh kebas duduk lama dlm kereta ni, dgn kaki main pedal. nasib baik kereta tak buat hal.. alhamdulillah.. 

kesengsaraan tak berakhir di situ, dh masuk tanjung, satu hal pulak jem sana sini.. maaf laa azam.. extra syif dia ...nasib juga, kalau tak pun, memang dia tak leh balik jugak..itu yg buat aku tak kisah sgt nk kalut tukar syif. tp sengsara wehh.. tahun depan tak moh doh.. tahun2 lepas tak terkena lg dgn aku, event tahun bila ntah, aku masuk mlm, so selamat, tp azam, seingat aku dh 2 kali..pengalaman dah ada, so dia ambil keputusn rehat kat opis, compare to berkejar ke feri..sbb mmg akan sesak juga.
as a result , palm print tepat 9.59 pg. bos nk sign ke tak tak tahu laa aku, 3 jam lambat tu.. nasib suhu dgn 4cast rtm dh ada yg tolong buatkn.. thanks a lot..

memang tragis sungguh journey aku kali ni.. pengalaman..


1st of the New Year 1434 Hijriah

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, kita masih di sini, masih berpeluang menikmati zat-zat DIA Yang Maha Kuasa,  Baik atau buruk, tiada beza. kerana semua itu ketentuanNYA. Aman kita di bumi malaya, sedangkan saudara mara kita di sana, bermandian darah, tiada kesudahan. sudah tercatat sebagai ahli syurga di sana. tetapi kenapa sebegitu hina dan ganas mereka dilayan di tanah air sendiri.
 Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat.. tetapi sejauh mana hati2 ini meratapi menginsafi dan menyusuri langkah perjuangan yg sepatutnya.. berikan kami petunjukMU Ya Allah..


Semoga entry ini bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk tahun ini..


Salam

Sunday, October 09, 2011

Mana Mak ?

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sunday, January 23, 2011

Hiasan

Sekadar paparan
sekadar nukilan tersurat
sekadar tatapan

mungkin ada tersirat
mungkin juga ada yang menyengat
dan mungkin juga..
sekadar mengingat

telahan demi telahan
sangkaan demi sangkaan
kesudahan????????

Thursday, September 09, 2010

Tuesday, April 27, 2010

Lenka : Trouble Is A Friend

Trouble, he will find you no matter where you go
No matter if you're fast, no matter if you're slow
The eye of the storm or the cry in the morn
You're find for a while but you start to lose control

He is there in the dark,
He is there in my heart
He waits in the winds,
He is gonna play a part
Trouble is a friend, yeah
Trouble is a friend of mine

Trouble is a friend but Trouble is a foe
And no matter what I feed him he always seems to grow
He sees what I see and He knows what I know
So don't forget as you ease on down the road

He is there in the dark,
He is there in my heart
He waits in the winds,
He is gonna play a part
Trouble is a friend, yeah
Trouble is a friend of mine
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah
Trouble is a friend of mine

How I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
I try

But he is there in the dark,
He is there in my heart
He waits in the winds,
He is gonna play a part
Trouble is a friend, yeah
Trouble is a friend of mine
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah
Trouble is a friend of mine

Thursday, October 15, 2009

copy: ULTIMATE JOURNEY TO MEET WITH ALLAH (SWT) WITH A BRIEF TRANSIT IN GRAVELAND

ULTIMATE JOURNEY TO MEET WITH ALLAH (SWT) WITH A BRIEF TRANSIT IN GRAVELAND

Ticket Type: One way
Price: Absolutely free (booking confirmed)

Passenger Details:
Name: One of the children of Adam
Origins: From clayAddress: Planet Earth

Conditions Of Travel:

Departure: From life on earth
Destination: To meet Allah "subhanna wa Taala"
Stop-over: Hotel Graveland (2 meters under the ground, for one person)

flight duration: Surprise, will be announced on board by Captain Azra'il

Departure time: Exact time is unknown (but it can happen earlier than expected)

Arrival time: On Judgment Day (to be notified in Graveland)

Itinerary during Transit at Graveland On the arrival at the hotel (grave): -
A quiz will be conducted by two angels: Munkar Nakir, will have 3 simple questions,

For the comfort of your stay at this TRANSIT STATION. " Hatta zurtum almaqaabir "PLEASE STUDY
1. Who is your God?
2. Who is your prophet?
3. What is your religion?

Depending on how well you answer these questions, your room will be assigned then, We wish you success so that you can join the believers in the deluxe luxury rooms.

Questions will follow about your life on earth, they are very important for your comfort at the Grave hotel, please study.

For more details please visit the Quran, Sura 'Ibrahim' Aya 27, surat At-Takathur

Luggage allowance is limited:

5 meters of white cloth, cotton wool and some drops of perfume.

Unlimited suitcases containing good deeds will be taken on board.

Important ticket Conditions apply

Tickets are not exchangeable

This journey is compulsory for all individuals

No delays allowed

Captain Azra'il states to all passengers:

Flight leaves dead on time

No more reminders will sent

No oxygen masks on board this flight, as your breathing system will be terminated a second before departure.

To contact Captain Azrail, please go to the Holy Quran and Sunnah, if unable to find one consult a scholar or a shaikh nearest to you.

NB; Please remember me in your duas and wish me success to pass my quiz.

Saturday, September 26, 2009

-Bayan Lepas Lagi.....

Berkuatkuasa 1 september, terpaksa pindah ke Pej Meteorologi Bayan Lepas. huhuuh..lam airport lerr

ada kisah sebab apa aku tak menolak.. byk benda nk kena fikir..nak tak nak, terpaksa laa terima.. huhuhuh..ni pun nasib baik pulang ke tempat yg aku dh agak biasa, kalau kena baling tempat lain, kelam kelibut gak jadinya..

setakat ni, berulang dr sp, sekali sekala ja dok kat kuarters, nyewa bilik ngan staff kat sini, smentara jer, lepas ni kena cari bilik or rumah lain, sbb member ni dh nk kahwin,,, huuhuu

Sunday, June 28, 2009

CopySuSu

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya. "

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya" .

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya. "

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya" .

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya. "

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."


"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "


"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. "Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."



Nota : Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.. .

Musa paradisiaca L

Baghu jah kelik bekwoh kakok cik kamarul kat tame cheghah perdano.. asalnyo konvoi nge aje, kalut jah pok pok tu nok kelik awal.. tunggu cik kah smeta,,, pahtu kelik.. cik tunggu dulu, nulong ngemah kemoh. alo nok kelik singgoh smeta merket Segi kat balakong nuh.. beli supit aiskreng (cik kah nego aiskreng lo nih..laku weh)
pah tu sajo2 musing, teringin nok make pise..beli la ssikak...
sebut pise nih, teringat ssaloh soghe skandal aku skoloh menengoh dulu.. guano crito tok tahu laa yeng buleh budok2 nih panggil dio pise...tapi tok derek sebut pise...gelar ke dio musa(time tu tengah blajar bab nama saintifik)..hehehehe..pa habaq laa saing hambo soghe tuh..

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :

SEMBELIT

Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH

Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG

‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN

Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL

Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG

PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula. (tak dapat aku bayangkn bila minum jus pisang...)

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Saturday, June 27, 2009

Dah Dapat..


dah berjaya dapatkan album terbaru UNIC. nak kata fanatic sangat tu tak da la.. aku berkenan bebenor ngan lirik dia.. best2.. nakkan lagu baru punya pasal, tibai jaa w'pun ada kompilasi ngan lagu2 lama.. most of new songs, liriknya best, tp aku nk paste 2 ja... kuar kejap g jln TAR, beli brg sket, asalnya cam nk follow ana, tp dia lak ada hal, g sorang je laa, cepat sket urusannya, dh balik singgah MINEs, beli UNIC ngn Mestica 313

Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Jalan Pulangku
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....


Sempat gak beli citer seram korea Death Bell spt yg dipinta.. layan online, tp tak da subtitle eng or malay... hahahahaha..best2

Sunday, June 14, 2009

KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT.

Your browser may not support display of this image.

Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekali gus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata,
“Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya.Umar segera berkata,
“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu,
dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata,
“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata,
“Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu,
dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.
Fathimah berkata,
“Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata,
‘Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan.
“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik.
Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi,
“SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.


Wallahhualam..

Your browser may not support display of this image. Tinta: UMMIAZZAHRA 2009
""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah SWT beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Saturday, June 06, 2009

justfORfUn

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Citer ni member aku (bukan member haizam) yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia,
"AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab,
"TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. "
So polis tu tanya lagi,
"BETUL KER???"
Pompuan tu jawab,
"BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata,
"YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk,
"HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...