Friday, December 29, 2006

SaLam 'Idul Adha 1427H

SaLam 'Idul Adha 1427H


Buat semua sahabat dan bloggers yg dikasihi..
Semoga berbahagia
n
May Allah Bless Us


ku susun sepuluh jari mohon kemaafan dari semua
moga diampunkan segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita..

Saturday, December 16, 2006

Tanda-tanda AJAL

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafiria itu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kitasepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepadaAllah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberikesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan AllahSWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaanAllahSWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

ceduk lagiii

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

*Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Friday, December 15, 2006

Tips Mengenal Diri Sendiri

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 07 10 1982

0 + 7 = 7

Maka kotak pertama adalah 7...

Kemudian campurkan kesemua nombor.
0 + 7 + 1 + 0 + 1 + 9 + 8 + 2 = 28

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 8 = 10

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
1 + 0 = 1

Maka kotak kedua adalah 1..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

7 + 1 = 8


Maka kotak ketiga ialah 8..

hasilnya..

7. Patuh
1 : Pemimpin
8 : Bisnes


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna

p/s: aku ceduk dari blog org tips nih..jgn percaya sgt nohh...kalau kena tu, kebetulan jer tu..

Wednesday, December 13, 2006

Sejenak ya...

Tidak ada kekayaan
Melebihi kesihatan badan
Tidak ada kegembiraan
Melebihi kesenangan hati

Hidup berlandaskan nafsu
Manakan bisa jadi tenang
Hidup berlandaskan iman dan taqwa
Tiada yang lebih manis dan indah darinya

Terleka sejenak dek dunia
Masih bisa diinsafi
Namun terus lena dek empuknya dunia
Siapakan bisa mmbantu di akhirat nanti….

Terkadang diambil ringan
Terkadang dibiar melayang
Terkadang….
Jangan dibiasakan

Kala masih sedar
Sesama kita saling mengingati….

Duhai....

Lafazkan biar berpada
Lafazkan biar ternyata
Lafazkan biar terluka
Asal terang tak siapa kan bantah

Wahai hati
Setegar mana mu tetap terguris
Selembut sutera mu tetap tabah
Jangan kau jangan
Mengalah sebelum berjuang

Lembut si lidah
Kaku jua tak terlafaz
Dipaksa kelu dibiar pilu
Lancar si lidah hati terguris
Sukar seimbang

Walau bicaranya tampak senang……

Tuesday, October 17, 2006

mueheheheh


jangan biarkan dirimmu dibelenggu mistEriiiiiiii

Monday, October 16, 2006

jemputan...

JEMPUTAN

Muslimin/ Muslimat /Saudara / Saudari

Dengan segala hormatnya dijemput ke

FORUM PENDEKATAN SYARIAH DALAM KESIHATAN 2006
yang dianjurkan oleh Pusat Racun Negara, Sekretariat Kampus Sejahtera USM, Pertubuhan Prihatin Kesihatan & Sosial Malaysia (PRIHATIN MALAYSIA) & Teras Pengupayaan Melayu (TERAS). bersempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1427 Hijrah

pada hari Khamis, 19 Oktober 2006, 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia .


ATURCARA

8.30 Pagi Pendaftaran Peserta

Forum Pendekatan Syariah Dalam Kesihatan

“Pendekatan Syariah Dalam Menangani Isu-isu Kesihatan Masyarakat”
Oleh: Dr. Jamnur Azhar b. Hj. Mulkan
Pengamal Perubatan Klinik Jamnur Azhar
( Bekas Pakar Bedah Hospital Alor Setar, Kedah)

“Penipuan Dan Manipulasi Industri Tembakau”
Oleh: Profesor Rahmat Awang
Pengarah Pusat Racun Negara, USM

“Polisi Kesihatan Negara Dalam Pandangan Syariah”
Oleh: Tn. Hj. Mohd. Azmi b. Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Pengerusi Forum : Sdra. Mohd Shahrizan Bin Sazali



11.40 pagi Sesi Soal Jawab
12.30 tgh Bersurai

Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2006 dengan menghubungi Pn. Noor Zatul Zuriana di talian 04-6570099 atau Cik Fikriyah, 019-5773960.
menyemak space...tolong iklan je laa...nk gi pun kijooooo

Monday, October 02, 2006

susu copy

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi sebahagian daripada diri,
saatnya istirehat
dalam ‘perjalanan dunia’
saatnya membersihkan jiwa
yang berjelaga
saatnya menikmati
indahnya kemurahanNya
saatnya memahami
makna pensucian diri

Selamat menunaikan ibadah puasa
bersama kita leburkan kekhilafan
Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.a.w. dan yang buruk itu daripada saya hamba-Nya yang serba kekurangan.

copy susu dari yahuuussgrupsss

Thursday, September 21, 2006

salam

*******************************************
** **
** AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN **
** **
********************************************



pantas masa berlalu
rindu datang bertamu
bila kan bertemu takdirNYA
tiada siapa yang tahu
tak siapa tahu
tak siapa kan duga
hari ini kita menghitung hari
tapi esok lusa belum tentu milik kita
semoga secebis masa
yang masih tinggal untuk kita
masih sempat kita kecapi
menanti yang pasti tiba
namun adakah untuk kita....

semoga kita semua
masih diberi peluang
olehNYA
untuk kecapinya lagi..........

Sunday, July 30, 2006

cerita

PAKU DI DINDING.....


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang ditembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasamembuka hatinya kepada kita.

p/s: Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.kadang kala diri ini tidak sedar akan perilaku yang lalu jika tanpa teguran yang sentiasa membina.. have a nice day to all my friends..

Wednesday, July 19, 2006

hiasan

Sekadar replika
Tatapan mata
Sekadar hiasan
Menjadi tatapan

Biar terpesona
Namun tiada harga
Biar digeruni
Namun tiada berseri

Dimamah usia
Lantas sia sia
Ditelan zaman
Lantas ketinggalan

Terpandang sang perhiasan
Lantas ku terperasan
Nukilan episode kemerapuan
Puitis spontan yang amat menghairankan

pAnTun otRomEn

-kemungkinan pantun ini dah terlalu pemes kat memana emel lawak yg berterabur kat inbox kalian, sekadar kopi susu dari bulletin prengster x-classmate INSEP aku, sedara Li, sekali sekala baca, best gak, dpd dok nyemak save kat my document aku tu, baik gak paste kat sini, selamat berpuitis-


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksasa dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksasa berlari
Mana nak sama Raksasa Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Mana nak sama Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepala dia Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksasa mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman dah menyala.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksasa, Ultraman Pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kita berbahasa
'Fire' diberi pada raksasa.
-selamat-

Tuesday, July 18, 2006

tiAdA kAta

tiada kata
pengganti bicara
tiada madah
pengganti keletah
tiada keluhan
menggantikan ungkapan
tiada salam
penyeri kalam

salam minda
penyeri jiwa
salam tinta
penyeri nota
salam ikatan
penyeri sekalian ikhwan
salam diberi
penyeri sepi

lalu berlalu
tinggal pemergian
kekal berkekalan
..................................................

once again.. operasi merapu kembali bertamu.....

Friday, June 02, 2006

MURTAD - Dari Serangan Pemikiran Ke Saluran Perundangan

”…..Dan Mereka (Orang-OrngKafir Itu Sentiasa Memerangi Kamu. Sehingga Mereka Dapat Memalingkan Kamu Daripada Agama Kamu. Sekiranya Mereka Mampu (Melakukan Demikian); Dan Sesiapa Di Antara Kamu Yang Murtad (Berpaling Tadah) Daripada Agamanya (islam), Lalu ía Mati Sedang ía Tetap Kafir, Maka Qrang-Orang Yang Demikian, Rosak Binasalah Amal Usahanya (Yang Baik) Di Dunia Dan Di Akhirat, Dan Mereka Itulah Ahli Neraka, Mereka Kekal Di Dalamnya (Selama-Lamanya)” (Mafhum Al Baqarah: 217)

“Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Sekiranya Kamu Mentaati Akan Segolongan Daripada Mereka Yang Mempunyai Kitab (Yahudi Dan Nasrani), Nescaya Mereka Akan Mengembalikan Kamu Sesudah Kamu Beriman, Menjadi Orang-Orang Kafir”(Mafhum Ali Imran: 100)
Isu-isu Yang Mencabar Maruah Islam
-250,000 orang Isam/Melayu telah murtad, termasuk 100,000 orang yang mengisytiharkan diri sebagai Kristian- Dato’ Seri Harussani B Zakaria (Mufti Perak) dalam Forum Perdana ‘Pekerti Islam’ di Alor Setar, Kedah
-Tuntutan Sekumpulan Masyarakat Bukan Islam agar kerajaan membuat pindaan terhadap Akta 121(1A), yan menghalang campurtangan mahkamah sivil terhadap bidangkuasa mahkamah syariah.
-Desakan kumpulan tertentu supaya bukan Islam dibolehkan berkahwin dengan orang Islam tanpa memeluk Islam dan orang Islam diberikan hak murtad
-Memorandum 9 Menteni Kabinet Bukán Islam agar undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula.
Usaha untuk memurtadkan umat Islam daripada Agama suci ini terus berlaku tanpa rehat dan hentinya. Di atas nama kebebasan, dan melalui pelbagai media, musuh-musuh Islam dan konco-konconya (termasuklah di kalangan umat Islam sendiri), terus berusaha menjauhkan umat daripada Islam sekaligus menggugat keyakinan umat terhadapnya. Hasilnya ratusan malah ribuan umat Islam telah murtad, menganut Kristian, Hindu, dan Pemikiran Bebas (Free Thinker) yang tidak terikat dengan sebarang agama. Dan kini mereka sedang berusaha menggunakan saluran perundangan bagi menghalalkan kemurtadan. Demikian cabaran besar yang ada di hadapan setelah sekian lama kepimpinan negara (yang sepatutnya mejadi pembela Islam) diserahkan kepada golongan yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

Thursday, May 25, 2006

mati

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

lupa amik dari mana, bila bukak balik folder2 lama, cam ngan tersentuh sesangat jer...pasai apa ntah 2 3 menjak nii, rasa cam ngan nak meradang pun ada...

Tuesday, May 23, 2006

sahabat

aku scan dari handout yang ami bagi akhir sem dolu...kertas aku satu kotak kena hurung ngan anai2...nasib baik yg ni masih ok...so, sbg backup, aku sumbat dalam blog ni laa...

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak-saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapat sahabat yang sejati yang sanggup bersama semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.

Aku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabaku untuk berkenalan, kerana aku akan berasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin yakin pada diri sendiri.

Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam duka.Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka melanda aku sering bertanya-siapakah yang sudi menjadi temanku? Semasa aku senang, sudah biasa banyak yang akan irihati, namun, semasa aku susah, mereka pun bertepuk tangan.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang pendeta dalam menghadapi manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Kelak kau akan memperoIehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temui di dunia ini teman yang sejati. Aku tingga1kan orang-orang bodoh kerana banyak kejahatan dan aku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Teman yang tidak dapat dirnanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai teman. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada teman yang sejati kecuali yang menolong ketika kita susah.

Sepanjang hidupku, aku berjuang keras mencari teman sejati sehingga pencarianku membosankan..

Engkau derhaka kepada ALLAH dan sekaligus rnenaruh cinta kepadaNYA. Ini adalah suatu kemustahilan. Apabila engkau benar-benar mencintaiya, pastilah engkau mentaati semua perintahNya. Sesunggullnya orang yang menaruh cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya. Dia telah kirimkan nikmatNya kepadamu setiap saat. Dan tidak ada rasa syukur yang engkau panjatkan kepadaNya.

-Petikan daripada nasihat imam Syafi‘ie dalam berasahabat dan mencari cinta NYA.

Friday, May 19, 2006

10 PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI

  • Keimanan dan Ketakwaan kepada ILAHI
  • Kerajaan adil dan beramanah
  • Rakyat berjiwa merdeka
  • Penguasaan ilmu pengetahuan
  • Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
  • Kehidupan berkualiti
  • Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
  • Keutuhan budaya dan moral
  • Pemeliharaan alam semula jadi
  • Kekuatan pertahanan
hoh..pueh hatik...kalau interview gov, penting gok benda nih...aku tak pernah dok hafal pun...malas......

Bagaimana memilih makanan kesihatan

Pasaran makanan kesihatan sentiasa rancak dengan pelbagai produk. Bagaimanapun, bagaimana membezakan yang mana baik dan yang mana sekadar membuat dakwaan palsu? Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat memberi beberapa panduan memilih dan menggunakan produk-produk kesihatan yang berlambak di pasaran:

• Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil makanan kesihatan, dan jangan lakukan diagnosis sendiri.
• Asli (natural) tidak semestinya bermakna selamat.
• Makanan tambahan - walaupun yang sah selamat - bukan dihasilkan untuk mengubat atau mencegah kondisi penyakit tertentu, atau menggantikan zat penting dalam diet.
• Belajar mengenalpasti dakwaan palsu pada label produk.
  • Sekiranya sesuatu dakwaan itu kelihatan tidak munasabah, selalunya ia memang tidak munasabah. — HealthDay

-produk direct selling sejak dua menjak nih tumbuh cam taugeh… banyak tul.. tapi, banyak2 yg keluar, bukannya semua tu sesuai ngan semua individu, pepandai laa pilih.. tapi yg buat aku terkilan sikit, salah satu produk yg family aku guna sebelum ni, udah ler harga dah naik, kualitinya pun dah berkurang.. nak tak nak, langsung dah tak guna.. masa awal2 dikeluarkan, semuanya bagus, bila dah lama2…sikit demi sikit pengusaha nak jimatkan kos, tapi tingkatkan keuntungan, yg jadi mangsa pengguna gak…hmmmmm, apa nak buat?

Tanggungjawab untuk menjadi suara pengguna yang berkesan

Selain mempunyai hak-hak, pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:
1. Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran unmk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
2. Penglibatan dan tindakan Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
3. Tanggungjawab sosial Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
4. Bersatu padu Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.-FOMCA

p/s: yang ni pun dari siasah gok, satu kolum 3 artikel .. kekadang kita pun tak sedar apa hak kita yg sebenarnya..