Friday, December 29, 2006

SaLam 'Idul Adha 1427H

SaLam 'Idul Adha 1427H


Buat semua sahabat dan bloggers yg dikasihi..
Semoga berbahagia
n
May Allah Bless Us


ku susun sepuluh jari mohon kemaafan dari semua
moga diampunkan segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita..

Saturday, December 16, 2006

Tanda-tanda AJAL

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafiria itu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kitasepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepadaAllah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberikesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan AllahSWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaanAllahSWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

ceduk lagiii

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

*Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Friday, December 15, 2006

Tips Mengenal Diri Sendiri

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 07 10 1982

0 + 7 = 7

Maka kotak pertama adalah 7...

Kemudian campurkan kesemua nombor.
0 + 7 + 1 + 0 + 1 + 9 + 8 + 2 = 28

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 8 = 10

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
1 + 0 = 1

Maka kotak kedua adalah 1..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

7 + 1 = 8


Maka kotak ketiga ialah 8..

hasilnya..

7. Patuh
1 : Pemimpin
8 : Bisnes


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna

p/s: aku ceduk dari blog org tips nih..jgn percaya sgt nohh...kalau kena tu, kebetulan jer tu..

Wednesday, December 13, 2006

Sejenak ya...

Tidak ada kekayaan
Melebihi kesihatan badan
Tidak ada kegembiraan
Melebihi kesenangan hati

Hidup berlandaskan nafsu
Manakan bisa jadi tenang
Hidup berlandaskan iman dan taqwa
Tiada yang lebih manis dan indah darinya

Terleka sejenak dek dunia
Masih bisa diinsafi
Namun terus lena dek empuknya dunia
Siapakan bisa mmbantu di akhirat nanti….

Terkadang diambil ringan
Terkadang dibiar melayang
Terkadang….
Jangan dibiasakan

Kala masih sedar
Sesama kita saling mengingati….

Duhai....

Lafazkan biar berpada
Lafazkan biar ternyata
Lafazkan biar terluka
Asal terang tak siapa kan bantah

Wahai hati
Setegar mana mu tetap terguris
Selembut sutera mu tetap tabah
Jangan kau jangan
Mengalah sebelum berjuang

Lembut si lidah
Kaku jua tak terlafaz
Dipaksa kelu dibiar pilu
Lancar si lidah hati terguris
Sukar seimbang

Walau bicaranya tampak senang……