Thursday, May 25, 2006

mati

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

lupa amik dari mana, bila bukak balik folder2 lama, cam ngan tersentuh sesangat jer...pasai apa ntah 2 3 menjak nii, rasa cam ngan nak meradang pun ada...

Tuesday, May 23, 2006

sahabat

aku scan dari handout yang ami bagi akhir sem dolu...kertas aku satu kotak kena hurung ngan anai2...nasib baik yg ni masih ok...so, sbg backup, aku sumbat dalam blog ni laa...

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak-saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapat sahabat yang sejati yang sanggup bersama semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.

Aku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabaku untuk berkenalan, kerana aku akan berasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin yakin pada diri sendiri.

Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam duka.Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka melanda aku sering bertanya-siapakah yang sudi menjadi temanku? Semasa aku senang, sudah biasa banyak yang akan irihati, namun, semasa aku susah, mereka pun bertepuk tangan.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang pendeta dalam menghadapi manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Kelak kau akan memperoIehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temui di dunia ini teman yang sejati. Aku tingga1kan orang-orang bodoh kerana banyak kejahatan dan aku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Teman yang tidak dapat dirnanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai teman. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada teman yang sejati kecuali yang menolong ketika kita susah.

Sepanjang hidupku, aku berjuang keras mencari teman sejati sehingga pencarianku membosankan..

Engkau derhaka kepada ALLAH dan sekaligus rnenaruh cinta kepadaNYA. Ini adalah suatu kemustahilan. Apabila engkau benar-benar mencintaiya, pastilah engkau mentaati semua perintahNya. Sesunggullnya orang yang menaruh cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya. Dia telah kirimkan nikmatNya kepadamu setiap saat. Dan tidak ada rasa syukur yang engkau panjatkan kepadaNya.

-Petikan daripada nasihat imam Syafi‘ie dalam berasahabat dan mencari cinta NYA.

Friday, May 19, 2006

10 PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI

  • Keimanan dan Ketakwaan kepada ILAHI
  • Kerajaan adil dan beramanah
  • Rakyat berjiwa merdeka
  • Penguasaan ilmu pengetahuan
  • Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
  • Kehidupan berkualiti
  • Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
  • Keutuhan budaya dan moral
  • Pemeliharaan alam semula jadi
  • Kekuatan pertahanan
hoh..pueh hatik...kalau interview gov, penting gok benda nih...aku tak pernah dok hafal pun...malas......

Bagaimana memilih makanan kesihatan

Pasaran makanan kesihatan sentiasa rancak dengan pelbagai produk. Bagaimanapun, bagaimana membezakan yang mana baik dan yang mana sekadar membuat dakwaan palsu? Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat memberi beberapa panduan memilih dan menggunakan produk-produk kesihatan yang berlambak di pasaran:

• Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil makanan kesihatan, dan jangan lakukan diagnosis sendiri.
• Asli (natural) tidak semestinya bermakna selamat.
• Makanan tambahan - walaupun yang sah selamat - bukan dihasilkan untuk mengubat atau mencegah kondisi penyakit tertentu, atau menggantikan zat penting dalam diet.
• Belajar mengenalpasti dakwaan palsu pada label produk.
  • Sekiranya sesuatu dakwaan itu kelihatan tidak munasabah, selalunya ia memang tidak munasabah. — HealthDay

-produk direct selling sejak dua menjak nih tumbuh cam taugeh… banyak tul.. tapi, banyak2 yg keluar, bukannya semua tu sesuai ngan semua individu, pepandai laa pilih.. tapi yg buat aku terkilan sikit, salah satu produk yg family aku guna sebelum ni, udah ler harga dah naik, kualitinya pun dah berkurang.. nak tak nak, langsung dah tak guna.. masa awal2 dikeluarkan, semuanya bagus, bila dah lama2…sikit demi sikit pengusaha nak jimatkan kos, tapi tingkatkan keuntungan, yg jadi mangsa pengguna gak…hmmmmm, apa nak buat?

Tanggungjawab untuk menjadi suara pengguna yang berkesan

Selain mempunyai hak-hak, pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:
1. Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran unmk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
2. Penglibatan dan tindakan Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
3. Tanggungjawab sosial Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
4. Bersatu padu Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.-FOMCA

p/s: yang ni pun dari siasah gok, satu kolum 3 artikel .. kekadang kita pun tak sedar apa hak kita yg sebenarnya..

Tuesday, May 16, 2006

Segenggam tabah

Bertali arus dugaa tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasib mu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


“sebak , sedih.. dua ungkapan berbeza, penghayatan pun berbeza, sakitnya pun juga bebeza.. kalau sedih, air yang mengalir macam empangan yang pecah.
tapi kalau sebak sakitnya tak terluah. Nak menangis tak berlinang, nak menjerit, tiada tenaga, nak mengamuk, rugi kudrat.. pendek kata duduk tak tentu arah.. ceh…awat aku pi merapu benda cenggini ntah….hmmmm, ntoh lerrr”

Friday, May 05, 2006

Sambutan maulud nabi peringkat USM

Dewan Budaya, 5 mei 06

Sekali lagi berkesempatan mengunjungi dewan budaya usm, sempena sambutan maulud nabi peringkat usm.. thanks again for the information..terpaksa pi sorang2 sbb 2 org hsmet yg tak ke mana2 tu, tak sudi mengikut..hehehe

“keunggulan ilmu teras kegemilangan universiti”
Rajin bebenor usm menjemput YDP penang.. agaknya sebab satu2nya u kat pulau ni kot, TYT YDP pun kerap pi mai pi mai usm, bagus laa gitu, tunjuk komitmen sokong aktiviti ilmiah.. n 1st time dengau ydp penang berucap.. tapi tak sempat nak quote kata2 ydp ngan NC usm (suka dengau cara NC pronounce UNIVERSITI), sebab pen aku kena kidnapped ngan akak sebelah, aku pun satu, biasanya bekal pen at least 2 btg, tp hari ni bawak satu jer, sbb pen biru aku dah abih dakwat, huhuuhu, sengkek tul aku nih.. malas nak wat koleksi pen cam dolu kala.. lastly masa turn ust wan, aku terpaksa pinjam ngan adik kat sebelah, ntah sesapa, dia pun baru masuk dewan.

Personaliti Rasul Allah saw

Itu laa sepatutnya tajuk yg perlu dikupas oleh Ustaz wan Sohor, ust yg sebelum ni aku pun tak tahu apa namanya sehingga laa ada satu ptg tu bila nengok WHI, ust wan jadi jemputan utk tajuk yg maksudnya lebih kurang hak wanita/cara wanita pilih pasangan.. huhuhuh…kebetulan, tajuk tu lum sesuai ngan aku.. tp yg bleh aku ingatnya, nengok pengacara WHI tu, tuu dia aihh, punya laa perhati si ustaz ni macam kalau bleh nak di mamahnya..dan kebetulan nengok ngan hsmet, hsmet pun trkeluar laa istilah ustaz comel.. huhuhuh, aku pun terikut gak..

bila cakap bab personality Rasulullah SAW, perkara pokok yang tak boleh lari dari kita amik tahu dan perlu amik tahu, sudah tentu bab Akhlak (salah satu ciri yg ditekankan dlm buku AESMI). Dan untuk sesi hampir 2 jam (tak sampai 2 jam puunnn), bab akhlak laa yg banyak disentuh.. secara ringkasnya ustaz wan tekankan..
- akhlak itu ugama
- akhlak itu Adat
- akhlak itu Tabiat
- akhlak itu Takliq

dari situ banyak yang berbahagia ustaz sentuh kisah2 nabi SAW dan para sahabat.. aku nii bila dengar orang bercerita, tangan biasanya stop kerja, aku cukup suka dengar kisah nabi, tapi tak berpeluang nk cari koleksi dan buat koleksi lagi.. 2 3 bijik kitab yg ada pun tak khatam dan hadam lagi(sbb bahsonya targis indon, kekadang jer belek).. antara kisah yg ustaz sebut, pasal Nabi SAW suka senyum, hatta bila baginda SAW naik kuda (selepas baca bismillah n alhamdulillah yg dijadikan adat) pun baginda senyum..dan meleret laaa citer2 yg ustaz kaitkan…antara contohnya…yg dicadangkan, cuba naik motor pastu senyum…. Hmmmm dan bezanya bila kita naik motor kita moncongkan mulut…hehehhe..aku lupa laa plak, balik tadi aku senyum ke dop bila naik motor, kalau tak silap aku senyum sebab teringatkan adik2 pmi tu tegur aku masa beli buku tadi…ahakss

tak sempat nk salin bait2/kata2 yg grup al irfan nyanyikan tadi duet ngan ……(tak sempat nengok namanya)….. kata2 part chorus tu tak clear sebab harmoni suara sebabkan aku takleh nak tangkap perkataan sebenar.. syahdu gak nasyid tu….alahaiii

tak banyak nak diulas kat sini, aku ada kelass..permisi