Monday, April 24, 2006

pesanan untuk aku

"Amatlah rugi orang yang jahil itu,kecuali mereka yang berilmu.Amatlah rugi mereka yang berilmu itu,kecuali mereka yang beramal dengan ilmu.Amatlah rugi orang yang beramal itu,kecuali mereka yang ikhlas dalam amalannya."-Imam Al-Ghazali.

Syd. Abu Bakar r.a. Berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Friday, April 14, 2006

nukil nan biasa

“cintakan manusia tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal
Cintakan manusia sering membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa.
Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri”

“Aku sambaq kata-kata ni dari artikel yang kak ita print dari ukhwah dot com”

Kala hati merintih
Mohon hala tuju
Sandar nikmat sementara
KAU utus nur abadi
Buat insan alpa
Kekal kembali
Ke landasan taqwa


-1402-12 april ’06-

sergam teguh di belakang TOSHIBA Electronic,
sepoi bahasa angin pantai
redup nan sebatang pohon pain keseorangan
sambil pekena ayaq nyoq muda
2.50, mahai weh…
baik beli kat van pakcik kat tepi selekoh IQ Group tu, duo ya jah>




Tuesday, April 11, 2006

Salam MauliduRRasuL

Muhammad Rasulullah
Engkau pengutus kebenaran
Muhammad Habiballah
Engakaulah KekasihNYa
Engkaulah wasilah penyatu ummah
Penyuluh jalan
Menyeberangi lautan keimanan
Hadirmu disambut gemilang
Kelam malam terang benderang
Sujud sekalian makhluk alam
Tiada membantah akur mengharap
Biar pedih menahan luka
Biar perit ditusuk derita
Rela kau pasrah utuh iman di dada
Pasrah taqwa buat ummat tercinta
Munculmu ceria tinggalmu penuh syahdu
Akur makhluk
Tiada yang abadi kecuali Pencipta
Hadirmu membawa harapan
Pergimu membina ketaqwaan
Di kala alur masa menagih cahaya
Kau tinggalkan SUNNAHmu sebagai pelita
Kau warisi KITABULLAH sebagai kuasa
Berdikari ummat belaimu tiada
Sekian berlalu kau kembali
Namun setia memerhati
Gusar ajaran kian dicemari
Alpa manusia lalai di hati
Walau engkau tiada di mata
Kasihmu terbelai maya
Selagi taqwa pada Rabbul ‘Izzati
Biar sangkakala membelah hari
Bersaksi kami
Hanya ALLAH MAha Kuasa
Muhammad Rasulullah SAW pengutusNYA terakhir….


1918 10 april ‘06
12 R’awal 1427H
“Ya ALLAH! Kurniakanlah kepada kami kemampuan mengikut jejak langkah NAbi Muhammad SAW, sama ada permulaan, penghabisan, lahir, batin, perkataan, perbuatan, ibadah dan amal yang soleh, amiin”


“SIDDIQmu baluti luka kekufuran,
AMANAHmu payungi lembah kehinaan,
FATHANAHmu suburi hati yang layu,
TABLIGHmu terangi insane di kala kegelapan,
YA MUHAMMAD SAW”

“Tak Ku utus Rasul melainkan rahmat ke seluruh alam…..”


Salam MauliduRRasuL

nukil lagi dan lagi

Sinar keimanan
Cahaya ketaqwaan
Alur kehidupan
Mudik kehadapan
Jelma sang fajar di ufuk timur
Ceria mentari memancar subur
Damai abadi pada Yang Esa
Ku masih di sini meneraju masa
Harapan mekar
Layu keinsafan
Tiada yang tegar
Tanpa kesabaran
Pasrah berserah hati menyerah
Merancang nan ela tiap lakaran
Tawakkal menjelma mohon bertapak
Tiada yang kekal tanpa usaha
Selagi hidup bergelar khalifah
Undur ke belakang srikandi mengalah
Pasak iman taqwa Pencipta
Kita insan nakhoda risalahNYA


Huhuuhuh…ntahapakobenda10 april ’06 - 1010

Sunday, April 09, 2006

nukilan lagi

kala dinihari
sunyi menyepi
suram mentari
beransurlah hari

kanak kanak berkejaran
membelah jajaran
menuju haluan
diam kedamaian

lantas dewasa
menggapai tirai ceria
mohon dilabuh usia
bersama alur masa

namun jangan kita lupa
jangan kita alpa
kalut mengejar citra
SMAYE NGORIB WEHH!!!
jangan buat buat leka

peringatan buat diri sendiri
dikala isya' berkumandang mohon disegerakan
2045 9 april '06 - 10 R'awal

Monday, April 03, 2006

Kisah Dugaan:Nak Kaya...

kopi bulletin kamil lagii
sorry laa kamil, tengah buhsannn.....

Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran Mamat) kepadawartawan KLM.Sewaktu si mamat dalamperjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KLdaripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,"Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL"Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh simamat tadi "Ehm... bolehlah."Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orangtua nii, orang ke atau ???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagiaku nombor kot. Atau nak menguji aku?"Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.Kalau kaya nanti lupa diri pulak"Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalahpakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,"Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo'suntuk anak sebagai tanda terimakasih kerana tumpangkan pakcik.Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik"lalu meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali. Itulah ceritanya....

Apabila Monyet bersidang

kopi dari buletin Kamil

Seekor monyet tua sedang duduk bersendirian dikaki gunung dan padasuatu ketika ia dikunjungi tetamu...

MONYET 1:
"Pak Tua, ajarilah kami adab dan pegangan masyarakat monyet agar kami boleh mempertahankan kepada beberapa generasi akan datang.

MONYET 2:
"Balak sudah ditebang, hutan pun semakin lapang,kami bimbang tempat bergayut semakin kurang."

MONYET 3:
"Khabarnya binatang lain banyak yang sudah melanggar adat. RUSA dan KANCIL dah banyak berkeliaran di jalan raya,harimau pulak sudah ada bank sendiri, ayam sudah ada restoran, gajah sudah ada tabung, orang utan sudah jadi Maskot Sukan Komanwel."

MONYET 4:
"Banyak juga binatang yang sudah tidak kenal dirinya. Arnab sudah jadi maskot majalah porno, pil kuda tersebar di sana sini, ibu ayam, bapak ayam sibuk mengutip duit, kupu-kupu malam bersepah-sepah dilorong-lorong gelap, kalkatu sudah banyak yang tertipu dengan cahaya aneka warna di luar sana. "

Monyet tua itu menarik nafas panjang.
"Anakku, sekarang sudah akhir zaman. Jika aku nyatakan kebenaran aku pasti akan dibunuh orang. Ketahuilah... setiap inci bumi akan dirosakkan...kerana manusia telah berubah menjadi monyet, " kata monyet tua itu sebelum mati secara tiba-tiba dihempap kuari.....

Fikir-fikirkanlah... ;)

model esd


Figure 1: Typical Human Body Model Circuit

<-----figure 2:="" br="" circuit="" machine="" model="" typical="">







Figure 3: Typical Charged Device Model Test ---->











dah tak torahh doh aku nihh --->http://www.esda.org/basics/part5.cfm

Saturday, April 01, 2006

.......

4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah... . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

-dari virtualfriends-

.........

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya. 2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya. 5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya. Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya. Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.