Saturday, November 26, 2005

relaxxx

Ali bengang gile bile dia dapati cucur udg yg dibeli x de sekor udg pun kt dlmnye.. lalu dia pun pi balik ke gerai makcik jual kuih tu. Dgn panas hati tanye kat makcik yg jual tu..."makcik apsal cucur udg ni sekor udang pun x de?!" makcik yg jual tu pn dgn selambernye menjawab "abih tu yg ko beli cucur badak ada x badak kt dlmnya?!Camne plak dgn cucur kodok,ade x kodok yg melompat kt ko?! Ali rase mcm nk bunuh diri dgn jwpan yg diberi makcik tadi....

Moral:kena byk bersabar!

Wednesday, November 23, 2005

kopi susu dr yahugrup

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda didalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka. ...

buat renungan dari sahabat kepada sahabat

Tuesday, November 22, 2005

10 wasiat dari imam al-syahid hassan al-banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH... part beramal tu dugaan paling besar yg perlu dilepasi....

Sunday, November 13, 2005

KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada’. Hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku dikelubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah s.a.w., ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad s.a.w., Muhammad s.a.w. telah mati. Sesiapa yang menyembah A1lah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:




“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian.,kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan, (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Ali Imran: 144)


Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: “Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasululiah s.a.w telah mati.”


Pengajaran


Terdapat dua pengajaran yang cukup mendalam di sini:

Pertama: Para sahabat terkejut dengan kematian Rasulullah s.a.w. hingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kepada Baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada setiap kehidupan. Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.. Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Kehebatan kejutan kerana kehilangan kekasih adalah mengikut kadar kecintaan tersebut. Kita lihat orang yang kehilangan anak atau bapa, masih tidak mempercayai dia telah kehilangannya berhari-hari lamanya. Apakah cinta di dunia ini yang mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini kepada Rasulullah s.a.w.? Allah telah memberi petunjuk kepada mereka melalui Baginda. Baginda juga telah menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran, mengubah kehidupan mereka, membuka pemikiran dan pandangan mereka, serta mengangkat mereka ke tahap tokoh pemimpin yang agung. Selanjutnya lagi, Bagindajuga berperanan sebagai pendidik, hakim dan pemberi panduan kepada mereka. Mereka merujuk kepadanya ketika malapetaka, meminta panduan ketika berhadapan dengan peristiwa-peristiwa dan mengambil firman Allah untuk mereka melalui Baginda. Mereka juga mengambil hadis-hadis dan pengajaran Baginda untuk mereka. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, semua ini telah terputus. Kejutan apakah lagi yang lebih hebat dan dahsyat daripada kejutan ini?

Kedua: Pendirian Abu Bakar menunjukkan beliau seorang yang memiliki jiwa yang teguh dan bersemangat waja ketika berhadapan dengan malapetaka. Kriteria ini tidak dimiliki oleh sahabat lain. Ini menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah s.a.w.. sifat ini juga terbukti ketika beliau menangani gerakan murtad di semenanjung tanah Arab.


Saturday, November 12, 2005

Kewaiipan dan Tanggungjawab Ukhuwwah


Ukhuwwah dalam lslam merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat lslam antara satu sama lain. la merupakan ikatan rabbani yang mengikat antara hati mereka dan merupakan jalinan yang erat untuk taqarrub kepada Allah. persaudaraan merupakan ikatan iman yang paling erat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya:


"lkatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah." (Hadis riwayat Ahmad daripada al-Bara’lbn. Azib)

Dalam lslam, persaudaraan merupakan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha untuk memperkuatkan binaan masyarakat islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya.

Gerakan lslam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat diperdalamkan semoga dengan ingatan persaudaraan yang mendalam ini gerakan lslam dapat menjadi satu bangunan yang kuat yang saling taut menaut antara satu sama lain atau menjadi satu jasad yang akan mengadu kesakitan apabila salah satu anggotanya diserang penyakit.

Untuk menjamin persaudaraan ini dapat memainkan peranannya yang diharap-harapkan dalam jamaah, islam telah menjelaskan hak-hak dan kewajipan persaudaraan yang praktik seperti berikut, sehingga hak dan kewajipan-kewajipan ini dapat dilihat sebagai satu tanggungjawab yang sebenarnya bukan hanya setakat kata-kata di bibir atau teorinya sahaja.

1. Persaudaraan mestilah dapat menolong usaha-usaha melakukan taat kepada Allah sebagai membenarkan apa yang tetah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:

"Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang saleh. Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya.”

lnilah juga yang telah dibayangkan oleh Omar bin Khattab dalam katanya. "Engkau mestilah mencari saudara saudara yang jujur . Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran."

2. Persaudaraan merupakan kerjasama di sudut kejiwaan, merasakan keperluan-keperluan saudaranya dan berusaha untuk menunaikan keperluan tersebut, sebagai memenuhi tuntutan sabda Rasulullah s.a.w.:


"Sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya (dan Baginda memberi isyarat dengan jejarinya), adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku ini selarna dua bulan."
(Hadis riwayat Hakim dan Tabarani daripada lbn. Abbas)

3. Persaudaraan yang kerjasama di bidang kcbendaan. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:



4. Persaudaraan merupakan tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi beberapa kewajipan yang ringkas. Yang terpenting daripada tanggungjawab itu ialah apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s,a.w. dalam sabdanya;

"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim adalah enam perkara; Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam. Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya. Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya. Apabila beliau bersin dan menyebut(alhamdulilah ) hendaklah engkau menyebut (yarhamkallah). Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya." (Hadis riwayat Muslim. Bukhari menyebut lima hak sahaja)


5. Persaudaraan dalam lslam merupakan satu kemesraan, kasih sayang dan saling membantu. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kamu memutuskan sitaturrahim, jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu benci membenci, jangan kamu hasad dengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.Tidak harus bagi mus!im meninggallkan tegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari." (Riwayat Malik, Abu Daud, Nasa’i dan Tirmizi, Bukhari dan Muslim meriwayatkai hadis sepertinya)


"Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu, dengan muka yang manis." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Darr)


"Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) daripada bejanamu ke dalam bejana saudaramu." (riwayat Tirmizi dan Ahmad dan Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih. Muslim meriwayatkan sebahagian daripadanya)


"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilanglah permusuhan." (Hadis riwayat Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Abu Ya’la)


6. Persaudaraan dalam lslam merupakan keghairahan dan kesetiaan. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: